Monday, February 1, 2010

Rumah Tertua - imbasan era lama


Rumah Tertua

Rumah ini terletak di Kampung Tua, Batu 16. Lambor Kanan dan telah dibina pada tahun 1897 oleh Tuan Haji Mohd Said. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1971 ketika berumur 120 tahun. Terletak di tepi tebing Sungai Perak di Kampung Tua Batu 16 Lambor Kanan. Rumah ini sekarang diduduki oleh anak Mohd Said yang bernama Zulaika binti Mohamad Said. Pada peringkat permulaan pembinaan rumah ini, semua kayu digunakan daripada jenis Cengal Emas yang mana setiap tiang, dinding, tingkap dan semua nya dipotong dan dibentuk dengan menggunakan peralatan seperti beliung, kapak dan gergaji. Sebuah kampung yang terletak di tengah perjalanan diantara Pekan Bota Kanan ke Pekan Baru Kampung Gajah. Jarak antara Pekan Bota Kanan ke Kampung Tua, Batu 16 ialah 8 km dan dari Pekan Baru Kampung Gajah ialah 12km. Kampung Tua merupakan sebuah perkampungan Melayu yang tertua didalam Mukim Lambor Kanan. Ini adalah dipercayai bahawa bermulanya sejarah pembentukan kampung ini oleh Sultan Muzaffar Shah (1). Mempunyai bilangan penduduk seramai 850 orang yang terdiri daripada bangsa Melayu yang menjalankan aktiviti pertanian, bekerja disektor Kerajaan dan Swasta.
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai