Sunday, April 25, 2010

Maharaja Terakhir Punjab

Maharaja Dalip Singh Sukerchakia (juga dikenali sebagai Maharaja Dalip @ Duleep Singh) atau Black Prince of Perthshire, GCSI (dilahirkan pada 6 September 1838 di Lahore, Empayar Sikh - mangkat 22 Oktober 1893 di Paris, France) adalah Maharaja terakhir Sikh Raj.

Baginda anak bongsu legenda "Lion of the Punjab" (Maharaja Ranjit Singh) dan "Messalina of the Punjab" (Maharani Jind Kaur), dan memerintah setelah beberapa peristiwa yang penuh tipu muslihat, di mana mereka yang dikatakan berhak kepada takhta dan berlian Koh-i-Noor saling berbunuhan sesama mereka.

Setelah dibawa ke Britain pada usia 12 tahun kerana pihak British mengambil alih Punjab, baginda bersahabat dengan Queen Victoria. Dalam bulan Jun 1850, Lord Dalhousie menyerahkan Berlian Kohinoor kepada Queen Victoria. Dari tarikh itu, berlian tersebut menjadi sebahagian daripada Crown Jewels (diletak di Mahkota Queen Elizabeth) dan dipamerkan di Jewel House yang terletak di Tower of London.

Dalip Singh mendapat pujian Queen Victoria yang dikatakan pernah menulis, "Mata dan gigi baginda tersangat cantik..." tentang Maharajah Punjabi itu. Pada hari ini, Dalip Singh dianggap sebagai orang Sikh pertama yang tinggal di Britain setelah dibuang negeri pada 1854 dan negerinya diambil alih oleh British Raj pada 1849.

(Perhatikan pakaian Dalip yang seperti baju Melayu dengan sampin....?)
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai