Saturday, June 12, 2010

Darjah Kebesaran Chua Jui Meng Ditarik Balik




Darjah Kebesaran Chua Jui Meng Ditarik Balik

PETALING JAYA: Gelaran "Datuk" dan "Datuk Seri" Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chua Jui Meng telah ditarik balik.

Bekas menteri kesihatan itu telah diarahkan memulangkan semula dua darjah kebesaran negeri Johor yang masing-masing membawa gelaran "Datuk" dan "Datuk Seri".

Jui Meng sendiri mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli pada pukul 10 pagi tadi untuk dimaklumkan mengenai keputusan tersebut.

Dua darjah kebesaran yang ditarik balik itu ialah "Dato' Paduka Mahkota Johor" dan "Dato' Seri Mahkota Johor".

Jelasnya lagi, beliau telah sedia menghadapi sebarang risiko ini setelah menyertai PKR tahun lalu. “Tidak ada apa yang perlu dikesali, bagi saya inilah harga yang perlu dibayar dalam politik," katanya.

Ditanya bila beliau akan memulangkan kembali darjah kebesaran yang diterimanya, Jui Meng berkata: “Saya akan pulangkan kedua-dua darjah kebesaran ini selepas saya terima surat rasmi daripada istana.”

Jui Meng dianugerahkan gelaran Datuk Seri ketika beliau menjadi Menteri Kesihatan pada tahun 2003. Sementara gelaran Datuk diterimanya ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Bakri pada 1996.

Bekas Naib Presiden MCA ini telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi MCA bahagian Bakri tahun lalu dan menyertai PKR pada Julai tahu.




mStar.
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai