Sunday, July 25, 2010

SIAPAKAH LEBIH BERHAK DITABAL SULTAN MELAKA?

  • Apakah pernah sultan Mahmud Shah (melalui waris keturunannya) sejak baginda mangkat di Kampar dalam tahun 1528 berputus asa mendapatkan kembali melaka?
  • Apakah Sultan Mahmud (Melaka) dan waris yang dalam buangan terputus dengan takhta Melaka begitu sahaja, kiranya keturunannya 'berdiam diri' dan tidak menuntut takhta sekian lama?
  • Waris keturunan manakah yang paling layak menuntut takhta kesultanan Melaka? Adakah tuntutan Raja Noorjan kuat dari segi adat dan undang-undang? Atau adakah waris keturunan Sultan Hussin yang makamnya di Melaka?
  • Apakah keazaman politik yang di perlukan PADA HARI INI, berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Negeri Melaka?
  • Apakah pembaharuan dan perubahan kepada institusi politik Melaka yang perlu di gubal oleh Kerajaan Negeri Melaka bagi memberi ruang kepada Sultan Melaka JIKA DITABAL?

[Pandangan atau artikel atau ulasan serta pembetulan dijemput, silakan]

SULTAN HUSSIN DAN ANAKANDA SULTAN ALI
BERIKUT ADALAH BIBIT SEJARAH YANG RELEVAN

(Teks asal daripada penulis)

Siapa dia Sultan Ali?

Pada tahun 1819 Stamford Raffles menandatangi perjanjian dengan Sultan Hussin (Tengku Long). Dengan perjanjian ini Sultan Husin menyerahkan Pulau Singapura kepada Inggeris. Sebagai balasan Sultan Husin menerima pampasan sebanyak…

Sultan Husin ini akhirnya mangkat dan dikebumikan di perkarangan Masjid Tengkerah, Melaka pada tahun 1835 Salah seorang anak Sultan Husin ini ialah Sultan Ali. Beliau berusia 11 tahun ketika bapanya meninggal dunia. Sultan Ali dan sebahagian besar ahli keluarganya tinggal di Istana Kampung Gelam, di Singapura. Walaupun demikian Sultan ali ini kerap pergi ke Melaka kerana ada rumah keluarganya di Melaka dan di Melaka beliau mempunyai ramai kawan. Sultan Ali mentadbir wilayah antara Sungai Kesang dengan Sungai Muar

Sejak kamangkatan ayahandanya beberapa krisis berlaku antara baginda dengan Temenggong Johor yang didalangi oleh British. Akibat dari ini satu perjanjian dibuat dimana Sultan Ali hilang kuasanya kecuali beliau hanya diberi kuasa antara Sungai Kesang dengan Sungai Muar, berkeluasan lebih kurang 260 batu persegi. Kawasan ini dikatakan satu kawasan yang tidak banyak hasil sedangkan kawasan lain banyak hasil terpulang kepada Temenggung.

Walaupun ada istana di Kampung Gelam beliau kerap berulang alik dari Istana Kampung Gelam, Singapura ke Melaka melalui laut. Perahu yang digunakan sering singgah di mana-mana pantai untuk mengambil air atau membersihkan diri.

Sultan Ali berkahwin dengan gadis Umbai, Melaka

Pada satu hari baginda telah masuk ke sebuah sungai di Umbai iaitu Sungai Solok Minyak atau Kampung Pasal. Baginda berhenti untuk mengambil air minum. Kebetulan pada waktu itu terdapat gadis-gadis kampung juga sedang mengambil air. Baginda terlihat seorang gadis desa yang amat jelita lalu tertarik dengan gadis tersebut.

Gadis tersebut ialah Sembok Binti Mokmin, anak seorang nelayan di kampung Umbai. Sultan Ali akhirnya telah masuk meminang dan berkahwin dengan Sembok Binti Mokmin. Sejak itu baginda selalu tinggal di rumah bapa mertuanya di Kampung Umbai.

Sebagai seorang pemerintah antara Sungai Kesang dan Muar beliau sering melawat kawasan tersebut. Sejak penjanjian 1885 baginda telah berpindah ke Umbai dan mengtadbir kawasan jajahannya dari Umbai.

Sultan Ali membina Istana di Umbai

Baginda akhirnya bercita-cita untuk membina sebuah istana di Umbai. Banyak bahan-bahan binaan telah dibeli. Malangnya baginda mangkat sebelum cita-citanya mendirikan sebuah istana terkabul. Oleh itu segala bahan binaan telah diwakafkan untuk binaan masjid Kampung Umbai.

Peristiwa Kemangkatan Sultan Ali di Umbai (20 Jun 1877)

Sultan Ali mangkat di Umbai pada 20 Jun 1877. Kemangkatan baginda telah menimbulkan banyak masalah. Mengikut adat istiadat Melayu puteranya, sebagai pengganti sultan mestilah hadir ketika perkebumian. Malangnya puteranya Tengku Alam tidak mahu hadir sebelum Inggeris melantik baginda sebagai “Sultan” menggantikan ayahandanya. British sengaja tidak mahu melantik Tengku Alam sebagai pengganti sultan. Oleh itu Tengku Alam yang berada di Istana Kampung Gelam enggan pergi ke majlis pengkebumian Sultan Ali di Umbai Melaka.

Mayat Sultan Ali terbujur di rumah selama lebih kurang 2 minggu. Mengikut catatan sejarah kerandanya terpaksa ditambah tanah dan menjadi bagitu berat. Tengku Alam akhirnya dipujuk oleh Mahajara Abu Bakar, Johor supaya hadir ke Majlis pemakaman itu. Dengan menaiki kapal Maharaja Abu Bakar,baginda akhirnya datang tetapi melihat dari jauh sahaja. Baginda bagitu kecewa tidak dilantik sebagai sultan menggantikan ayahandanya dan akhirnya kawasan jajahan ayahandanya antara Sungai Kesang dan Sungai Muar pun hilang.

Sultan Ali dimakamkan di sebuah kawasan yang baginda sendiri wakafkan dan kawasan itu digunakan oleh keluarga isteri baginda. Namun demikian penduduk tempatan dibenarkan dikebumi dikawasan tersebut tetapi perlu dikenakan bayaran dan bayaran itu untuk dikhairatkan ke masjid Umbai.

Putera-Putera Sultan Ali dengan Puan Sembok

Berbalik kepada perkahwinan Sultan Ali dengan Puan Sembok Binti Mokmin. Baginda dikurniakan dengan 6 orang anak, 3 lelaki dan 3 perempuan. Mereka terdiri daripada Tengku Chik, Tengku Putih, Tengku Putera, Tengku Ipah, Tengku Zainab dan Tengku Mariam.

Apabila Sultan Ali mangkat Cik Sembok serta anak-anaknya pindah dan tinggal di Istana Kampung Gelam hingga kini. Dengan mangkat Sultan Ali hilanglah semua kuasa Sultan Hussin yang dengan sengaja direka oleh Inggeris untuk mendapatkan Singapura. Keluarga dan waris-warisnya hilang segala-galanya kecuali sebuah istana usang di Kampung Gelam Singapura. Kini waris Sultan Ali menyara hidup seperti orang biasa.

Sultan Husin meninggal di Melaka dan dibebumikan di Tengkera dan anaknya Sultan Ali meninggal di Umbai juga di Melaka dan dikebumikan di Umbai. Moga-moha Allah cucuri rahmat ke atas roh-roh mereka.

[pandangan dan ulasan serta pembetulan dijemput, silakan]

Ihsan (C) HJ BAHARAM AZIT
MERLIMAU MELAKA.
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai