Sunday, October 24, 2010

KEPENTINGAN BAHASA MELAYU

Tiada bahasa lain di Malaysia yang mampu menyatupadukan seluruh rakyat negara ini selain daripada bahasa Melayu, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, ini kerana bahasa Melayu merupakan bahasa yang difahami seluruh rakyat negara ini dan dalam aspek menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum seperti di Malaysia penggunaan satu bahasa yang saling difahami oleh semua rakyat adalah sangat penting.

"Justeru dalam konteks negara kita Malaysia, harus kita akui tiada bahasa lain yang mampu menyatupadukan kita selain daripada bahasa Melayu,” katanya dalam teks ucapan pada Majlis penutupan Program 1Malaysia Sejuta Puisi di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Kanan (Pengurusan) Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Dr Rothiah Omar.

Rais berkata, penggunaan dan pembudayaan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian tidak mustahil mampu untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di Malaysia seterusnya memberi penghayatan yang lebih mudah kepada gagasan 1Malaysia.

www.utusan.com.my
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai