Saturday, October 23, 2010

Menjejaki Raja Syed Hitam

KUMPULAN RAJAMENANGIS telah menerima emel daripada seseorang yang sedang mencari sejarah Raja Syed Hitam. Berikut maklumat yang kami dapati:

Dalam buku 'Tempat2 Bersejarah Di Perak' ada dicatatkan bahawa bonda Sultan Ismail Mu'abbidin Riayat Syah (Marhum Mangkat di Sekudai) bernama Raja Nandak iaitu puteri Sultan Ahmadin Syah (Marhum Bongsu) yang memerintah dari 1786-1806. Manakala Raja Sheikhul Amin (juga dikenali sebagai Raja Syed Hitam) adalah keturunan Raja Siak. Sultan Ismail adalah Sultan Perak ke-25. Baginda merupakan Raja Bendahara Perak yang berkhidmat di bawah empat orang Sultan sebelum dilantik sebagai Sultan Perak dari 1871-74. Istananya terletak di Durian Sebatang. Kami cadangkan anda cari kaum kerabat di Tanjung Belanja, Perak (tempat asal Sultan Ismail).


Salam Rajamenangis,
Terima kasih atas maklumat yang telah diberi. Sebenarnya masalah saya sekarang adalah mencari maklumat tentang Raja Syed Hitam kerana fakta berkenaannya terus lenyap tanpa kesan sehinggakan makamnya tidak tahu di mana. Saya merupakan cicit generasi kelima kepada Mohom Skudai.

Telah lama usaha kami mencari maklumat berkenaan Raja Syed Hitam ini dan menghairankan apabila Istana Perak juga tidak menyimpan sebarang maklumat berkenaan baginda. Yang paling menyedihkan gambar Mohom Skudai juga tiada dalam rekod di mana sekali pun. Jika ada maklumat yang dapat membantu harap dapat beritahu kami. Jazakallah ukhairi.

Editor - Kami memohon agar sesiapa yang tahu, sudi kiranya emelkan maklumat tersebut kepada pihak kami. Jika ada generasi pewaris Sultan Perak ke-25 juga, sila tampil untuk melengkapkan salasilah.
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai