Tuesday, November 2, 2010

Fungsi Majlis Raja-Raja

Majlis Raja-Raja ditubuhkan secara formalnya hasil perancangan British pada tahun 1948 bagi menggantikan Mesyuarat Raja-Raja Negeri-Negeri Bersekutu yang dikenali sebagai Majlis Raja-Raja Melayu (Durbar). Kali pertama ia diadakan di Kuala Kangsar pada tahun 1897.

Majlis ini dianggotai oleh empat orang Raja dari Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
Mesyuarat yang pertama diadakan pada 31 Ogos dan 1 September 1948. Mesyuarat ini buat pertama kali dihadiri oleh semua sembilan orang Raja-Raja Melayu.

Fungsi
Majlis Raja-Raja bukan sahaja agung tetapi unik kerana Majlis ini adalah institusi tunggal yang sedemikian rupa wujud di dunia pada masa kini.
Apabila negara mencapai kemerdekaan, penubuhan Majlis Raja-Raja telah dikanunkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan. Fungsi dan tugas-tugasnya mengikut Jadual Kelima Perlembagaan adalah seperti berikut:
* Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan mengikut peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga;

* Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan;

* Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa- apa undang-undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang, menurut Perlembagaan ini, memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja;

* Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182;

* Memberi ampun, reprief dan respit, atau meremitkan, atau meringankan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42,
* Dan boleh menimbangkan soal-soal mengenai dasar negara (misalnya perubahan-perubahan tentang dasar imigresen) dan apa-apa jua perkara lain yang difikirkannya patut.
BACA SELANJUTNYA
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai