Thursday, November 4, 2010

Sejarah Malaya macam mana yang kau nak?


Sejarah bagaimana yang kita mahu?

Selaku seorang akademia berbangsa Cina, saya amat sedih dengan pemikiran parti- parti politik seperti DAP, MCA dan Gerakan. Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan amat menghiris hati iaitu mahu kerajaan mengkaji semula silibus sejarah yang akan diwajibkan ke atas pelajar sekolah rendah dan menengah tidak lama lagi.

Hujah mereka amat simplistik, sejarah yang sedia ada tidak mencerminkan sejarah sebenar. Sejarah sebenar mesti mempamerkan sumbangan dan kerjasama kaum. Pada mereka, sumbangan kaum bukan Melayu mesti dimasukkan dan dijadikan teras sejarah. Saya cuba elak menggunakan istilah ultra kiasu terhadap golongan ini, biarlah kita berbincang secara adik-beradik.

Saya tidak menafikan sejarah sumbangan bukan Melayu terhadap negara, tetapi perlu diingatkan bahawa sumbangan dan kerjasama kaum adalah sebahagian kecil sahaja dalam urutan sejarah Tanah Melayu dan Malaysia. Ada aspek lebih besar yang perlu ditonjolkan, seperti sejarah asal usul Tanah Melayu sebelum kedatangan imigran-imigran ke alam Melayu.

Sesiapa yang mengkaji dan faham sejarah Malaysia, ia mesti merangkumi asal-usul Tanah Melayu, zaman kegemilangan dan kejatuhan kesultanan Melayu, zaman penjajahan dan kemasukan imigran, kebangkitan nasionalisme Melayu, Malayan Union, Persekutuan Tanah Melayu, penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, kemerdekaan Tanah Melayu, sehinggalah membawa kepada penubuhan Malaysia. BACA SELANJUTNYA

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai