Wednesday, December 15, 2010

KELEBIHAN SURAH ASY SYURA

SURAH ASY-SYURA
42. SURAH ASY SYURA (53 ayat) – ‘MUSYAWARAT’


DITURUNKAN DI MEKAH

Surah Asy Syura merupakan surah yang ke 42 dan mengandungi 53 ayat. Dinamakan surah "Asy-Syura" (Mesyuarat), kerana pada ayat 38 ada diterangkan bahawa di antara sifat-sifat orang-orang yang beriman yang terpuji dan diredhai Allah Taala ialah amalan mereka bermesyuarat sesama sendiri apabila mereka hendak menjalankan sesuatu urusan.

Ia juga satu daripada tujuh surah sebaris dalam Al Quran yang bermula dengan "HAA MIIM". Orang yang mengamalkan surah ini akan mendapat pahala yang besar dan mendapat pembelaan di akhirat kelak.

POKOK-POKOK ISINYA:

Pada awal surah ini Allah Taala menegaskan kebenaran wahi (wahyu) (Al-Quran) dan kerasulan Nabi Muhammad (s.a.w.), dan menyatakan bahawa apa yang diwahikan kepada Baginda mengenai perkara-perkara asas dalam Islam seperti tauhid, hari kiamat dan balasan amal, adalah sama seperti yang telah diwahikan kepada Rasul-rasul yang terdahulu daripadanya.

Kemudian ditegaskan bahawa ugama yang diredhai Allah Taala bagi umat manusia seluruhnya ialah ugama Islam, ugama tauhid dan taat, yang diwahikan kepada Nabi Muhammad (s.a.w.) dan Nabi-nabi (a.s.) yang sebelumnya. Lalu diperintahkan supaya orang-orang yang beriman menegakkan hukum-hukum Islam dan meninggalkan segala laranganNya.

Kemudian diterangkan bahawa apa jua yang menimpa manusia dari sesuatu kesusahan atau bala bencana, maka itu adalah disebabkan apa yang mereka lakukan dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa. Dalam pada itu Allah SWT memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa mereka.

Setelah itu diterangkan: Jika sesiapa hendak membalas, maka balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya. Tetapi sesiapa yang memaafkan kejahatan orang dan berbuat baik kepadanya maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah Taala dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya.

FADILATNYA:-

1. Ayat 15 mengandungi rahsia yang besar sekali untuk menghadapi musuh kita, sedangkan kita dalam membela kebenaran. Untuk menolak rencana jahatnya, baik yang telah direncanakan atau tidak sehingga batallah semua rencana jahatnya, dan hilang pula kemarahannya kepada kita. Sekaligus, mereka itu berlaku hormat kepada kita, sehingga mahu mendengar pendapat yang kita berikan kepada mereka dan mahu mengabulkan apa yang menjadi hajat kita.

2. Ayat 19 merupakan “Ayat Rezeki” yang sangat masyhur. Amalkan membacanya berulang kali sebanyak yang mampu, dalam bilangan yang ganjil, selepas solat Maghrib dan Subuh. Diikuti dengan doa 33 kali atau 100 kali atau seberapa yang mampu. Insya-Allah rezeki akan dilipatgandakan.

Ayat ini juga merupakan doa untuk lemah-lembut keluarga, berkasih-sayang kepada suami/isteri dan anak-anak. * Caranya:

Dibaca 3 kali selepas solat fardhu
Ditujukan kepada seseorang apabila telah tidur malam.
Kemudian dibacakan sekali dan hembuskan ke tengkuknya serta minta Allah lembutkan hatinya.

3. Ayat 19 dan Ayat 200 Surah Ali Imran dibaca dan dicium atau ditiup pada ubun-ubun anak. Boleh juga ditiup pada air dan masakan. Sebutkan nama anak satu persatu dan ucapkan harapan pada anak semuga dapat mendidiknya dan membantu anak untuk berubah.



WALLAHULALAM
[Semua nasihat di alu alukan]
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai