Wednesday, December 22, 2010

Pemilik Facebook Ditahan

KUALA LUMPUR, Dec 22 -- Polis telah menahan seorang lelaki pemilik facebook yang menghina Sultan Johor dan Institusi Beraja negeri. Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial menyatakan, lelaki berusia 40 tahun itu ditahan di sini pada 29 November lalu.

Beliau memberitahu wartawan, sebuah unit khas dibentuk Ogos lalu setelah beberapa aduan diterima perihal facebook itu, yang dibuat setelah kemangkatan Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail Januari lepas. Polis merampas lima telefon bimbit dan PDAs, lima komputer riba dan wireless router.

Syed Ismail berkata, penyiasatan menunjukkan bahawa lelaki dari Kuala Lumpur itu bekerja sendiri. Akaun facebooknya beralamat emel pendekar.bentan@gmail.com tetapi lelaki itu telah mencuri identiti pengguna lain yang tidak sign-out. Katanya lagi, suspek, seorang bekas siswa universiti tempatan, ahli kumpulan yang menganjurkan Islam sebagai gaya hidup, tetapi mengendalikan laman web itu secara bersendiri.

"Motifnya untuk mencipta akaun itu adalah untuk memperjuangkan idealisme tersendiri, dan penyiasatan menunjukkan bahawa dia bukan ahli kumpulan politik tertentu," kata Syed Ismail lagi. Laporan telah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
- Bernama (Terjemahan)

Nota - Kumpulan Rajamenangis menyokong pihak polis menyiasat mana-mana pihak yang mempersendakan sultan serta Institusi Beraja di Tanah Melayu. Mereka yang didapati bersalah mesti dihukum dengan setimpal agar perkara ini tidak berulang lagi di masa akan datang.

Petikan pendapat : Saya tidak pasti jika peruntukan ini telah wujud di Tanah Melayu atau tidak tetapi saya mohon mencadangkan satu undang-undang khas yang menyamai undang-undang di negara Thai, dikenali sebagai lèse majesté (ertinya: biadap terhadap Raja) diwujudkan bagi memelihara dan mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja Melayu.

Di negara Thai, jika disabit dengan kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara diantara 3 hingga 15 tahun. Sebagai contoh kes-kes dalam rekod di Thailand:

(a) Seorang profesor yang menyuruh pelajar-pelajarnya membincangkan kaedah “menyesuaikan“ sistem beraja dengan sistem demokrasi telah ditangkap. Kertas penulisan pelajar-pelajarnya telah dirampas oleh Polis untuk siasatan.

(b) Seorang warganegara asing yang mabuk telah menyembur cat ke atas gambar Raja Thai. Dia telah dikenakan hukuman penjara 10 tahun.

(c) Di dalam laman web, seseorang telah meletakkan gambar orang lain di bahagian atas gambar Raja Thai turut dihukum;

(d) Seseorang enggan berdiri semasa lagu kebangsaan negara Thai berkumandang telah dihukum.

Undang-undang bagi Raja-Raja Melayu ini boleh digubal berdasarkan peruntukan di dalam perlembagaan Persekutuan Bab 2 Majlis Raja-Raja, Perkara 38 (6) iaitu . . . memperkenankan atau tidak memperkenankan apa-apa undang-undang . . yang menyentuh keistimewaan kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja.

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai