Monday, December 20, 2010

Raja Muda Perlis Mahu Seni Rakyat Dikomersial

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu seni dan budaya rakyat tempatan dikomersialkan ke peringkat global. "Seni dan budaya bukan sekadar dari aspek tarian tetapi juga merangkumi aspek makanan yang mana jika dikomersilkan secara kreatif mampu berkembang di arena yang lebih besar," titah baginda semasa menutup Festival Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (Festkum) 2010, di sini.

Sehubungan itu, baginda berharap badan profesional dapat mengkaji keupayaan seni dan budaya masyarakat Malaysia untuk di ketengahkan ke pasaran antarabangsa. Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul juara keseluruhan festival tersebut dengan menerima wang tunai RM10,000, tempat kedua disandang oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan hadiah RM7,000 dan tempat ketiga dimenangi oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menerima RM5,000.

Lapan acara dipertandingkan dalam festival lima hari berkenaan antaranya pertandingan band akuistik, boria, dikir barat, nyanyian lagu antarabangsa dan irama Malaysia serta tarian tradisional.

- Bernama
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai