Thursday, February 3, 2011

BUKU ADAB RAJA-RAJA

Buku ini merupakan buku yang keenam di bawah projek Mualim Tamu di Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia hasil kajian oleh Profesor Emeritus Datuk Dr. Mohd. Taib Osman.

Adab Raja-raja ini merangkumi kajian yang melibatkan sistem pemerintahan feudal dengan ciri tersendiri dalam sistem itu. Raja adalah ketua dan mempunyai kuasa mutlak ke atas semua rakyat di bawah baginda. Namun kedatangan Islam ke alam Melayu telah mengangkat status quo raja-raja Melayu ke tempat yang lebih tinggi maka lebih dimuliakan kerana Islam menentukan raja adalah pemimpin yang wajib dipatuhi rakyatnya.

Penerbitan buku ini merupakan salah satu usaha Perpustakaan Negara Malaysia dalam memartabatkan manuskrip Melayu sebagai warisan dokumen negara yang penting untuk dipelihara dan seterusnya dapat disemai dan dilestarikan ilmu yang terkandung di dalamnya kepada masyarakat.
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai