Friday, February 4, 2011

DEMI WAKTU DHUHA

Mukadimah
Surah al-Dhuha termasuk dalam surah Makiyyah. Keseluruhan ayatnya berjumlah 11 ayat dan diturunkan selepas surah al-Fajr. Hubungan surah ini dengan surah al-Lail, dalam surah al-Lail disebutkan tentang (Dan orang yang paling takwa akan dijauhkan daripadanya).

Disebabkan pemimpin daripada orang yang paling bertakwa itu adalah Rasulullah SAW, maka Allah SWT menyempurnakan penjelasan tentang perkara ini dengan menyebut pelbagai kenikmatan-Nya yang telah dianugerahkan kepadanya.

Firman Allah SWT: Demi waktu dhuha.

Ibn Jauzi berkata: Ulama menyebut empat pendapat berkenaan waktu dhuha.
* Terangnya siang hari seperti pendapat Mujahid.
* Awal hari seperti kata Qatadah.
* Awal masa daripada siang hari apabila matahari naik. Inilah pendapat al-Suddi dan Muqatil.
* Siang hari keseluruhannya. Ini pendapat al-Farra’.

BACA
SELANJUTNYALink
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai