Monday, February 14, 2011

Salam Maulidurrasul

Kumpulan Rajamenangis mengucapkan Selamat Menyambut Maulidirrasul kepada semua umat Islam tidak kira di mana. Semoga kita sentiasa dirahmati dan berada dalam lindungan Yang Esa.

Membesarkan Maulidurrasul samalah seperti kita membesarkan Islam kerana Rasulullah (s.a.w) umpama simbol bagi agama Islam. Imam Mutawalli Sha'rawi telah menulis didalam kitab beliau, Ma'idat al-Fikr al-Islamiyya (ms. 295),"Jika setiap kejadian yang tidak bernyawa sekalipun, bergembira dengan kelahiran baginda (s.a.w) dan semua tumbuh-tumbuhan pun bergembira malahan semua binatang pun bergembira dan semua malaikat pun bergembira dan semua jinn Islam bergembira diatas kelahiran baginda (s.a.w), kenapa kamu menghalang kami daripada bergembira dengan kelahiran baginda (s.a.w)?"


 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai