Wednesday, February 16, 2011

Salasilah Orang Melayu, Keterbukaan 1Malaysia

Pembentukan bangsa Malaysia perlu berasas sejarah lampau

KOMEN bahawa negara ini kepunyaan kaum Melayu dan kaum bukan Melayu perlu menghormati kekuasaan Melayu, kedengaran lagi. Secara umumnya, komen ini atau lebih tepat lagi hakikat ini tidak disenangi sesetengah pihak dalam kalangan bukan Melayu. Sehubungan itu, Semenanjung Malaysia yang sebelum ini dikenali dengan nama Tanah Melayu, bagi mereka ini adalah nama geografi semata-mata dan wujud dalam konteks sejarah lampau saja. Mereka mendakwa nama ini tidak relevan lagi dalam konteks zaman moden ini, lebih-lebih lagi dalam Gagasan 1Malaysia.

Politik, yakni pendapat dan kepercayaan mengenai salasilah negara ini, khususnya Semenanjung, yang berbeza-beza sepatutnya tidak timbul lagi, khususnya pada masa ini, selepas negara merdeka sejak 54 tahun lalu. Penduduk asal dan dominan rantau ini dan Malaysia, Indonesia dan Filipina sebagai wilayah terasnya, dulu, sekarang dan selama-lamanya adalah dihuni dengan dominannya oleh rumpun yang dikategorikan sebagai Melayu.

Oleh sebab alam Melayu lebih menerima budaya luar daripada memantapkan budaya sendiri pada era awalnya, mereka ini menganggap perkembangannya sebegini yang banyak dipengaruhi reaksinya terhadap pertembungan dengan budaya luar, khususnya di Semenanjung sebagai wilayah yang tidak mempunyai dasar Melayu yang kuat. Justeru, ia tidak boleh dipanggil Tanah Melayu. BACA SELANJUTNYA
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai