Wednesday, June 1, 2011

Masjid Istana Diraja Selangor

KLANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah Masjid Istana Diraja yang dibina di dalam kawasan Istana Alam Shah di sini dijadikan pusat bagi menyatupadukan waris dan kerabat Diraja Selangor.

Titah baginda, difahamkan kira-kira 1,000 waris dan kerabat Diraja Selangor yang masih hidup masing-masing mungkin mempunyai fahaman dan pemikiran berbeza serta ada yang berkecil hati antara satu sama lain.

"Maka beta berharap masjid ini akan menjadi satu pusat yang paling sesuai bagi mengeratkan silaturrahim dan mengukuhkan persaudaraan waris-waris dan kerabat-kerabat Diraja Selangor," titah Sultan Selangor semasa merasmikan Masjid Istana Diraja bernilai RM9 juta, yang diilhamkan dan dibiayai sepenuhnya oleh baginda hari ini. Turut berangkat ke majlis perasmian masjid, yang mampu menampung 1,000 jemaah, ialah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah. BACA SELANJUTNYA
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai