SEPANJANG 10 tahun pemerintahannya, Madinah menjadi negara terbesar yang menyinari dunia kerana umat Islam ketika itu berada dalam satu kesatuan hingga mewujudkan kemakmuran, persamaan, persaudaraan dan kemanusiaan.
Kegemilangan pemerintahan Umar Al-Khattab menjadi contoh ikutan kepemimpinan hari ini yang dahagakan keharmonian dan keamanan. Ada yang mahu menjadi pemimpin seperti beliau yang adil terhadap rakyat dan bertindak tegas walaupun dalam perkara membabitkan keperluan keluarganya.
Buku Umar bin Al-Khattab The Conqueror membawa pembaca bersama pemimpin ulung itu mengembara episod demi episod kehidupan beliau yang dipenuhi kebaikan, keindahan, sinar cinta serta kegembiraan rakyat yang berpuas hati dengan cara kepemimpinannya yang adil saksama. BACA SELANJUTNYA