Thursday, July 28, 2011

1Malaysia: Toleransi atau Penerimaan?

Rakyat Perlu Beralih Daripada Amalan Toleransi Kepada Penerimaan

ALOR SETAR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat di negara ini beralih daripada amalan toleransi kepada amalan penerimaan yang mampu mengukuhkan lagi perpaduan di kalangan masyarakat negara ini.

Beliau berkata: "Dalam amalan toleransi ada lagi tembok-tembok pemisah dan ada rasa tidak sama antara kita."

Katanya berbanding amalan penerimaan, ia adalah meraikan kepelbagaian antara rakyat dan menggunakan kekuatan semua tanpa mengira kaum.

"Ia satu kekuatan untuk negara kita. Seperti bermain bola sepak, kita daripada pelbagai kaum akan membantu sesama sendiri memastikan pasukan kita berjaya.

"Kalau satu posisi score gol sendiri pasti akan kalah, nilai ini amat penting bagi kita tidak kira apa warna kulit dan rupa kita," katanya pada Majlis Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa 1 di Jalan Kuala Kedah dekat sini serta sambutan 100 tahun penubuhan sekolah tersebut.

Najib tiba di sini pagi ini untuk melakukan lawatan kerja sehari ke Kedah.- BERNAMA

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai