Friday, July 22, 2011

Kehebatan pedang Rasulullah SAW

Kehebatan pedang Rasulullah SAW


TERTARIK... Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah diiringi Pengerusi Yayasan Restu, Datuk Abdul Latiff Mirasa (tiga dari kiri) dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (dua dari kanan) melihat Replika Pedang Rasulullah selepas merasmikan Pameran Pedang Rasulullah dan Sahabat di Taman Seni Islam, Shah Alam baru-baru ini. Kelihatan juga Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah (paling kiri).


Islam begitu diumpamakan bagai sebilah pedang! Kata-kata berikut adalah buktinya: “Pedang dalam Islam sebenarnya bukanlah sekadar sebilah besi panjang yang tajam lagi menghiris. Saya tahu ini melalui pengalaman saya sendiri apabila ‘pedang’ Islam itu begitu dalam menikam dan menusuk ke kalbu saya.

“Tetapi ia tidak membawa kepada kematian tetapi membawakan satu kehidupan baru! Lantas Islam umpama pedang yang menjadi lambang kepada satu peringatan, memberikan saya satu kesedaran akan siapa saya, mengapa saya hidup di muka bumi dan untuk apa saya hidup!”

Kata-kata tersebut diungkapkan dengan penuh makna oleh Ahmed Holt, seorang kontraktor sivil dari Britain yang mengembara secara spiritual dan fizikal untuk mencari kebenaran abadi.

[Baca sumbernya]

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai