Seri Paduka titah rakyat tingkat kesetiaan, sedia berkorban demi negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, semalam mengajak rakyat bersama-sama dalam semangat 1Malaysia, meningkatkan lagi semangat kepahlawanan, patriotisme, kesetiaan, kecintaan dan kesediaan untuk berkorban demi negara.
Berucap pada sambutan Hari Pahlawan 2011 di Dataran Merdeka, di sini baginda bertitah, semangat sanggup berkorban demi negara di kalangan rakyat perlu dipupuk dan disemarakkan sepanjang masa untuk kesejahteraan rakyat.
“Keamanan, kestabilan dan kesejahteraan yang negara nikmati hari ini, tidak dapat kita capai tanpa pengorbanan pejuang dan pahlawan negara. Rakyat dan negara amat terhutang budi kepada mereka yang sanggup melakukan pengorbanan tertinggi demi kedaulatan negara tercinta, iaitu pengorbanan jiwa dan raga,” katanya. BACA SELANJUTNYA