Di antara adab-adab di dalam Ramadan ialah:
Pertama : Sabar ke atas musibah dan kecaman yang menimpa, Rasulullah saw berkata : pada hari Ramadan jika seseorang menyakitkan hati atau menyalah gunakan maka katakanlah : Sesungguhnya aku sedang berpuasa... sesungguhnya aku sedang berpuasa."
Kedua : Digalakkan bertaqwa kepada Allah Maha Suci ke atasnya sesungguhnya kerana Ramadan merupakan bulan ketaqwaan. Firmannya "Wahai orang yang beriman telah diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang yang terdahulu daripada kamu moga-moga kamu bertaqwa".
Ketiga : Penjagaan ke atas tidak mengumpat dan mengadu kerana mengumpat dan mengadu adalah diharamkan secara mutlak di dalam bulan Ramadan dan selain dari Ramadan, tetapi pengharamannya lebih jelas di bulan Ramadan.
Keempat : Peringatkan tentang amalan agama, hal-ehwal Islam dan membantu sesama Muslim menyelesaikan masalah, Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud "Barang siapa yang tidak kisah mengenai keadaan seorang Islam dan bukanlah ia dari mereka".
Kelima: Dapat mengambil tahu hal keluarga kerana mereka itu adalah amanah dan tanggungjawab kita. Firman Allah swt "Wahai orang yang beriman jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka, yang bahan pembakarnya adalah manusia dan batu-batu".
Kelebihan di bulan Ramadhan ialah ketika waktu malam seperti berikut :
1. Menjaga solat berjemaah di masjid dan menghadiri majlis ilmu.
2. Menghadiri solat terawih khasnya bagi lelaki, tiada ada larangan kehadiran wanita melakukan solat dan kepada mereka terdapatnya ganjaran.
3. Memelihara qiamullail dan tahajud setelah pertengahan malam bagi lelaki dan wanita yang berkemampuan didalam rumah.
4. Beriktikaf untuk beberapa malam dibulan Ramadan di masjid bagi lelaki tanpa menyebabkan gangguan didalam kewajipan seharian khususnya bagi didalam mencari reski.
5. Memelihara pembacaan Al-Quran dan makna menggunakannya didalam wirid harian sebagai sebahagian dari pembacaan Al-Quran sekurang-kurangnya setiap hari sehinggalah tamat keseluruhannya, jika sekali membaca Al-Quran dibulan yg mulia ini, maka Allah akan memberi ganjaran yg besar.
6. Memperbanyakkan sedekah dan mengeluarkan zakat kepada orang-orang fakir, miskin, orang yang memerlukan, mereka yg berjihad dijalan Allah dan sumbangan kepada projek yang baik bagi kegunaan orang Islam seperti pembaikan masjid, pusat rawatan orang-orang tua, sekolah-sekolah dan lain-lainnya.
7. Merapatkan silaturrahim dan ziarah di dalam bulan Ramadan.
8. Dilarang melakukan kejahatan terhadap orang Islam dan larangan melakukan perkara yang tidak baik terhadap jiran sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud "Seorang Islam ialah yang menyelamatkan seorang Islam yang lain dari lidah dan tangan".
http://blogs.muxlim.com