Tuesday, August 16, 2011

LAILATUL QADAR

Pada bulan ini juga terdapat satu malam yang lebih mulia berbanding 1000 bulan, iaitu Lailatul Qadar. Sabda Rasulullah SAW “Carilah lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadhan.” (Bukhari)

Rasulullah SAW juga bersabda “Carilah (lailatul qadar) pada sepuluh malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir.” (Muslim)

Kombinasi dari kedua-dua hadis di atas dapatlah kita simpulkan bahawa kita sepatutnya menggandakan ibadah pada malam yang ganjil bermula sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadhan terutamanya pada malam ke 23, 25, 27 dan 29. Ibadah yang amat dianjurkan oleh Rasulullah SAW ketika berada di bulan Ramadhan antaranya ialah ibadah qiamullail, memperbanyakkan doa, berzikir, dan membaca Al Quran.

Doa yang amat dianjurkan dibaca pada malam Lailatul Qadar selepas membaca tasyahhud adalah sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan oleh Ali bin Abu Talib RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW membaca pada solat witirnya (selepas tahiyat) “Ya Allah! Sesungguhnya Aku berlindung dengan keredhaan Mu daripada segala kemurkaan Mu. Aku juga berlindung dengan kemaafan Mu daripada segala balasan yang bakal ditimpakan. Aku juga berlindung dengan Zat Mu yang tidak terhitung segala nikmat dan belas kasihan yang telah Engkau berikan, kami hanya mampu berusaha memuji Mu seperti mana pujian yang layak bagi Zat Mu.” (Tirmizi, Nasaai, Abu Daud, Ahmad)

www.masjidbulat.com
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai