Showing posts with label Malaya. Show all posts
Showing posts with label Malaya. Show all posts

Monday, August 23, 2010

MAKA AKU MENCERITAKAN


MAKA AKU MENCERITAKAN ...

Kau manusia paling berani
kau memerdekakan semangatku
beredarlah sendu kesedihan
bermulalah cahaya pesta
kini tanah air kegeringan
di manakah hendak ku cari
ubat pusaka pimpinanmu

penawar jatidiri kewibawaanmu
kau sirna di dunia ini
aku berhajat meraih keinsafan
menerajang kepincangan kini
sepeninggalanmu Tunku
gusar nampak tanahku, Tanah Melayu

Maafkan aku
cuai tidak ziarahi pusaramu
namun tetap aku terhutang budi
pemergianmu seolah sunyi

Tanah Melayu terdampar sepi
menyendiri di alis matahari
di sebalik kilauan domba
seiras jiwa sebuah negara muda
kau sang penyelamat satria negara
pengorbananmu yang menyayat hati
Oh maafkanku Tunku
airmata ini menitis di pusara mu
semakin ku sapu
semakin menitis laju

Kekallah kau tiada putus budimu
sesungguhnya tiada terhakis pudar
biar zaman berubah

dan naluri semakin gusar
suatu kisah perhambaanmu
merdeka ini untuk kau dan aku
ku doa selamatlah, sejahteralah
kini kau tamu Tuhanku
terima kasih Tunku kerana hadiahmu
Selamat Hari Merdeka buatmu.


~~ NUKILAN RAJAMENANGIS ~~

Sunday, November 15, 2009

Siapa Munsyi Abdullah?

Munsyi Abdullah atau nama sebenarnya Abdullah bin Abdul Kadir (dilahirkan pada 1797, Kampong Pali (sekarang Kampung Masjid), Melaka –meninggal dunia pada October 1854 di Jeddah, Arab Saudi). Beliau anak kelima dan keempat orang abangnya telah meninggal dunia ketika masih kecil. (Munsyi @ munshi bermakna 'guru')

Semasa hayatnya, Abdullah menjadi guru bahasa dan penterjemah yang mahir Bahasa Arab, Tamil, Hindustani, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Karyanya ‘Hikayat Abdullah’ mengenai kehidupan seharian di Malaya telah diterbitkan pada 1849. Beliau diberi gelaran ‘Bapa Kesusasteraaan Melayu Moden' dan merupakan orang Melayu pertama yang menerbitkan buku.

Beliau dibesarkan oleh ayahnya Sheikh Abdul Kadir, seorang yang alim dan berketurunan Arab-India.
Pada usia 7 tahun, beliau dihantar ke Sekolah Al-Quran Kampong Pali. Ayahnya memastikan beliau belajar dengan tekun dan dihukum sekiranya tidak mampu menulis dengan sempurna. Pada waktu itu, beliau menyalin Al-Quran dan menterjemahkan sebuah buku Arab ke Bahasa Melayu.

Ketika berusia 11 tahun, Abdullah mendapat wang dengan menulis teks Al-Quran. Dua tahun kemudian, Abdullah mengajar agama Islam kepada askar-askar pasukan India yang berkhidmat di Kota Melaka. Minatnya membaca manuskrip Melayu mendorongnya untuk mendalami bidang itu.

Stamford Raffles yang tiba ke Melaka pada 1810, menggaji Abdullah sebagai seorang penterjemah. Beliau mencatat serta menyalin cerita sastera dan manuskrip Melayu untuk dikumpulkan oleh Raffles. Pada tahun 1811, ketika berusia 14 tahun, Abdullah sudah dikenali sebagai seorang yang berpelajaran tinggi dan berpengetahuan luas.

Pada 1815, Abdullah berkahwin dan dikurniakan 4 orang anak. Abdullah belajar Bahasa Inggeris daripada Rev. Milne, seorang pendakwah Kristian yang akhirnya melantik Abdullah sebagai guru Bahasa Melayunya. Kemudian pada 1818, Abdullah menyaksikan peristiwa meletakkan batu asas untuk Kolej Anglo-Cina oleh Major William Farquhar di Melaka.

Empat tahun selepas itu, Abdullah tiba di Singapura dan mengajar Bahasa Melayu kepada askar India, pendakwah Britain dan Amerika serta menjadi setiausaha peribadi Raffles. Sekitar 1840-46, Abdullah menulis kisah hidupnya sendiri. ‘Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan’ menceritakan pengalaman tahun 1837 semasa belayar dari Singapura ke Kelantan. Manakala ‘Kisah Pelayaran Abdullah ke Negeri Jeddah’ telah diterbitkan setelah beliau meninggal dunia.

Karya asli • Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdulkadir Munsyi dari Singapura sampai ke Kelantan • Hikayat Abdullah • Kisah Pelayaran Abdullah dari Singapura sampai ke Mekah • Syair Singapura Terbakar • Syair Kampung Gelam Terbakar • Ceretera Kapal Asap • Ceretera Haji Sabar Ali

Karya terjemahan dan suntingan • Hikayat Panca Tanderan • Sejarah Melayu (edisi Abdullah)

Monday, November 9, 2009

Bilakah Melaka dan Penang masuk ke dalam Persekutuan Tanah Melayu?

Soalan:

Bilakah Melaka dan Penang masuk ke dalam Persekutuan Tanah Melayu?
Jawapan: 1946


Apabila Tanah Melayu telah dekat menghampiri Merdeka (1957), adakah negeri Melaka dan Pulau Pinang INGIN masuk ke dalam Persekutuan Tanah Melayu 1957?
Jawapan: Tidak pada mulanya, kedua-dua negeri pada awal TIDAK mahu masuk kedalam Persekutuan!!

Terlalu banyak penyelidikan yang telah dibuat disini. Sesiapa yang mempunyai bahan yang menarik di kongsi, sila emel kepada kami.
------------------------------------------------------------------------

Bukankah selama 450 tahun, Melaka adalah sebahagian daripada "Tanah Melayu". Benar, dari segi darah tanah, dari segi alam Melayu, dari segi Kesultanan Melayu dan sejarah lama, Melaka memanglah tidak boleh tidak 'Tanah Melayu", tetapi dari segi undang-undang Inggeris dan Perlembagaan, Melaka (dan Penang) hanya masuk dalam tahun 1946.

Sepintas lalu:
Pada tarikh 23.12.1946, Perjanjian Persekutuan yang kemudiannya dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948, telah diumumkan oleh Kerajaan British. Perjanjian itu penting bukan sahaja kerana ia memansuhkan Malayan Union tetapi juga menyatukan negeri-negeri Melayu dalam sebuah Persekutuan untuk pertama kali (setiap negeri bernaung dibawah "diri sendiri" dan dibawah FMS atau UFMS).

Perjanjian Persekutuan telah digubal oleh Sidang Pleno Inggeris-Melayu sejak bulan Jun hingga awal bulan Disember 1946. Di akhir mesyuaratnya Sidang Pleno telah menghasilkan apa yang dikenali sebagai Blue Book setebal 100 muka surat.Setelah mendapat persetujuan Raja Inggeris maka pada hari itu dalam tahun 1946, Perjanjian Persekutuan itu telah diumumkan dan diedarkan kepada penduduk-penduduk Tanah Melayu, terutama sekali untuk orang-orang bukan Melayu. Tujuan pengumuman ini ialah untuk mendapatkan pandangan orang-orang bukan Melayu yang tidak diwakili dalam Sidang Pleno itu.Di antara lain Perjanjian Persekutuan menyatakan:

1) Persekutuan Tanah Melayu akan dianggotai oleh sembilan buah negeri-negeri Melayu dan dua buah Negeri-negeri Selat, iaitu Pulau Pinang dan Melaka. Untuk kepentingan politik dan keselamatan, Singapura telah dikeluarkan dari Persekutuan Tanah Melayu dan dijanjikan sebuah Koloni Inggeris.

2) Perkara yang tidak kurang pentingnya terkandung dalam dokumen itu ialah pembukaan Dewan Perundangan Persekutuan yang akan diwakili oleh semua kaum di Persekutuan Tanah Melayu. Dewan Perundangan Negeri akan mengikut peraturan yang serupa dengan Dewan Perundangan Persekutuan.

3) Mengenai kewarganegaraan, Perjanjian Persekutuan memberi dasar yang longgar. Di antara lain orang-orang yang mengaku Tanah Melayu sebagai tanahairnya akan diberi kewarganegaraan dengan beberapa syarat tertentu.

JOM BAHAS DAN KAJI !
EMEL KEPADA KAMI.

Friday, September 18, 2009

ONN JAAFAR BUKA UMNO KEPADA CINA DAN INDIA


Jun 1951
Pada November 1950, Dato’ Onn bin Jaafar membuat cadangan untuk membuka keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu dan mengubah nama UMNO kepada United Malayan Organization. Beliau mahukan orang-orang Melayu bersifat terbuka dan menerima pendekatan baru dalam politik yang bersifat ‘Malayan’. Penglibatan beliau dalam RIDA dan Ahli Dalam Negeri telah mendedahkan beliau kepada dasar pentadbiran British yang ingin ‘meMalayankan’ Tanah Melayu. Beliau bimbang orang Melayu akan terpencil dalam arus pembangunan ekonomi penjajah jika tidak bersikap terbuka. Bagaimanapun UMNO tidak dapat menerima idea Dato’ Onn bin Jaafar dan tidak yakin bahawa semua dasar UMNO akan dapat diputuskan bersama ahli berbagai kaum serta mendatangkan faedah kepada orang-orang Melayu.

25 dan 26 Ogos 1951
Persidangan Agung UMNO diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur. Dato’ Onn bin Jaafar mengambil keputusan meninggalkan UMNO dan Tunku Abdul Rahman Putra Al–Haj dipujuk untuk bertanding jawatan Yang DiPertua oleh Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dipilih menjadi Yang DiPertua UMNO mengalahkan Haji Ahmad Fuad, manakala Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein dipilih sebagai Timbalan Yang DiPertua.

8 Januari 1952
UMNO Bahagian Kuala Lumpur telah mencapai kata sepakat dengan MCA Selangor bagi menghadapi pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur.

23 Ogos 1953
Perikatan UMNO-MCA menganjurkan Perhimpunan Kebangsaan bagi membincang langkah-langkah mencapai kemerdekaan dan bersetuju menubuhkan Perikatan.
1 Februari 1954
Penyata Pilihan Raya telah diumumkan oleh kerajaan dan menerima bantahan kerana tidak bersetuju dengan jumlah kerusi dan tarikh pilihanraya. Gerakan menentang kertas putih laporan pilihanraya telah membuka mata MIC untuk berbaik-baik dengan Perikatan UMNO-MCA. Maka Presiden MIC, K.L. Devaser telah mengadakan satu siding khas bagi mengetahui pendirian ahli-ahli partinya. Hasilnya majoriti ahli MIC menyokong penyertaan dalam Perikatan. Pada April 1955, setelah rundingan diadakan, UMNO-MCA-MIC diterima dengan rasminya sebagai parti rakan dalam Perikatan.

Thursday, September 10, 2009

SEJARAH BANGUNAN PARLIMEN KITA


MENARA PARLIMEN KUALA LUMPUR GEMILANG





Sempena Dengan Ulangtahun Ke-50 Parlimen Malaysia

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Selepas 52 tahun merdeka, sistem demokrasi berparlimen di Malaysia dan institusi-institusi demokrasinya kekal agung.

Badan perundangan yang berasaskan kepada Westminster di Britain diterima oleh Malaysia selepas mencapai kemerdekaan daripada Britain pada 1957 dan merupakan institusi penting bagi Demokrasi Berparlimen dengan Raja Berpelembagaan sebagai pemimpin tertinggi.

Rakyat Malaysia patut bersyukur kerana Malaysia kekal sebagai negara demokratik sejak merdeka sedangkan banyak daripada negara telah beralih kepada pemerintahan tentera atau diktator.

Walaupun prinsip demokrasi negara pernah tercabar tetapi secara keseluruhannya demokrasi serta institusi-institusinya masih berperanan penting di Malaysia.

Antara institusi yang mendaulatkan demokrasi di Malaysia ialah Parlimen, yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Parlimen merupakan tempat di mana undang-undang negara dirumus, dibahas dan diluluskan demi manfaat negara dan rakyatnya. Parlimen mewakili suara rakyat, intipati penting demokrasi.

SEJARAH BANGUNAN PARLIMEN

Pada bulan Disember 1959, satu kawasan berhampiran Taman Bunga Kuala Lumpur dipilih sebagai tapak kompleks bangunan Parlimen.

Menurut laman web rasmi Parlimen, ilham untuk membina kompleks bangunan Parlimen datangnya daripada Ketua Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Bangunan yang menjadi simbol demokrasi di negara ini melibatkan kos RM18 juta.

Yang di-Pertuan Agong ketiga Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail telah berkenan melakukan peletakan batu asas.

BANGUNAN UTAMA

Kompleks bangunan parlimen ini terbahagi kepada bangunan utama tiga tingkat dan menara yang mempunyai 17 tingkat.

Ia dirasmikan oleh Tuanku Syed Putra pada 21 Nov 1963.

Bangunan utama tiga tingkat itu menempatkan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Di tingkat pertama terdapat kantin, bilik wartawan dan bilik jamuan anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Reka bentuk Dewan Negara hampir serupa dengan Dewan Rakyat tetapi ruangnya kecil sedikit. Bagaimanapun Dewan Negara mempunyai keistimewaan tersendiri. Jendela-jendelanya lutsinar dengan corak Islam asli daripada mozek merah dan biru.

Di tingkat bawah bangunan ini pula terletak bilik rehat diraja, sebuah surau bulat yang boleh memuatkan 100 jemaah dan sebuah dewan jamuan besar yang boleh memuatkan 500 orang.

Di tingkat kedua terbahagi kepada dua anjung. Anjung kiri terdapat dua buah bilik jawatankuasa yang besar (boleh memuatkan 30 orang), empat bilik kecil (muat 12 orang), pejabat dan tempat rehat bagi para pegawai kerajaan serta bilik Persatuan Parlimen Komanwel.

Di anjung kanan pula terdapat dua bilik makan, satu bilik khusus untuk ahli Parlimen dan yang lainnya untuk tetamu serta pegawai kerajaan. Ruang dapur terletak di antara dua bilik makan ini. Dapur ini mampu menyediakan makanan bagi 1,000 orang tetamu dalam satu masa. Bahagian tengah tingkat kedua ini dipayungi oleh bumbung Dewan Rakyat. Ia dijadikan Taman Sari iaitu tempat anggota Parlimen berehat semasa persidangan.

MENARA

Menara setinggi 17 tingkat ini terletak di hadapan bangunan utama. Ia bersambung ke bangunan utama melalui sebuah jambatan dan di dalamnya ditempatkan pejabat para menteri dan anggota Parlimen yang lengkap dengan segala kemudahan seperti kerusi meja dan pembesar suara.

Di tingkat dua menara ini terdapat ruang tempat duduk dengan pemandangannya ke arah padang perbarisan di mana acara sambutan rasmi Parlimen diadakan.

Di tingkat 16 pula terdapat ruang lapang untuk menikmati keindahan pemandangan sekeliling kawasan Parlimen. Di menara inilah majlis-majlis tidak rasmi diadakan.

KEISTIMEWAAN

Tahukah anda berapa banyak batu-bata yang digunakan untuk membina kompleks Parlimen?

Menurut laman web rasmi Parlimen, lebih daripada sejuta batu-bata, 2,000 tan besi waja, 54,000 tan konkrit, 200,000 kampit simen dan 3,000 tan kaca telah digunakan untuk pembinaannya.

Keseluruhan bangunan Parlimen ditutup dengan kaca yang boleh menyerap haba dan cahaya.

Bagi menghalang sinaran cahaya matahari itu, seluruh bangunan ditutup dengan terawang berukir diperbuat daripada konkrit. Terawang berbentuk sarang lebah itu dipasang bahagian demi bahagian dan ini menyerlahkan lagi kehebatan bangunan ini.

Sementara itu, sistem pembahagian air yang membekalkan air kolam dan pancurannya merupakan satu lagi ciri keistimewaan bangunan Parlimen yang mana air akan mengalir melalui dua sistem yang berangkai.

Air berwarna biru, yang berfungsi untuk menghindarkan lumut dan lumpur, bermula di bahagian bumbung bangunan membawa ke seluruh kompleks.

Selain daripada keistimewaan pada bangunannya, kompleks Parlimen turut dihiasi dengan pelbagai jenis tumbuhan dan binatang peliharaan.

Antara pokok yang ditanam sekitar kawasan Parlimen ialah pokok berlian, mata kucing, berangan, nam-nam, selarat dan tamar, yang diimport khas dari Arab Saudi.

Bersebelahan kawasan kompleks Parlimen terdapat kawasan lapang yang dijadikan Taman Rusa.


(c)2009 - Oleh Cik Rashidah Abd Ghani
Bernama.

Tuesday, August 25, 2009

WAJAH MELAYU DI KURUN KE-19

m

Mari kita lihat gambaran Melayu dahulu sebagaimana yang dilukis oleh seorang pengembara wanita Inggeris yang telah mengembara di banyak tempat di dunia ( Jepun, Cina, Vietnam, Australia, New Zealand, dan Hawai). Pada tahun 1879 Isabella L. Bird mengembara di negeri-negeri Melayu dengan misalnya menaiki perahu di Sungai Linggi, dan menunggang gajah ke Kuala Kangsar, pada usia 47 tahun. Daya pengecamannya yang tajam , dan pandangannya yang kritis diterbitkan dalam bukunya, Golden Chersonese: Travels in Malaya in 1879 , K.L: Oxford in Asia Paperback, 1967. Antara lain katanya:

The Malays proper inhabit the Malay Peninsula, and almost all the coast regions of Borneo dan Sumatra. They all speak more or less purely the Malay language; they all write in the Arabic character. Their colour is a lightish , olive tinted, reddish brown. Their hair is invariably black, straight, and coarse, and their faces and bodies are nearly hairless. They have broad and slightly flat faces, with high cheek bones, wide mouths , with broad and shapely lips, well formed chins, low foreheads , black eyes, oblique , but not nearly so much so as those of the Chinese, and smallish noses , with broad and very open nostrils. They vary little in their height, which is below that of average European. Their frames are lithe and robust, their chests are broad , their hands are small and are refined , and their feet are thick and short. The man are not handsome , and the women are decidedly ugly. Both sexes look old very early.


The Malays undoubtedly must be numbered among civilised peoples. They live in houses which are more or less tasteful and secluded. They are well clothed in garments of both native and foreign manufacture ; they are a settled and agricultural people; they are skillful in some of the arts, specially in the working of gold and damascening of krises ; the upper classes are to some extent educated; they have a literature, even though it be an imported one, and they have possessed for centuries systems of government and codes of land and maritime laws which in theory at least, show a considerable degree of enlightenment.


Their religion, laws , customs, and morals are bound up together. They arer strict Mussulmen [Muslims. BZ ], but among the uneducated especially they mix up their own traditons and superstitions with the Koran. The pilgrimage to Mecca is the universal object of Malay ambition..." (Hal. 17-18)

Isabella Bird nampaknya bukan pengembara pelancong yang hanya teruja melihat hutan hujan tropika yang kaya menghijau, persekitaran yang lembab dan panas, dan muka serta tubuh badan manusia Melayu, tetapi lebih luas ke alam budaya dan kepercayaan serta sejarahnya. Dia merenung ke dalam ruang pentas hidup yang lebih lebar; kepada kesenian dan kemahiran pertukangan, kesusasteraan, bahasa dan aksara (huruf), norma dan undang-undang yang mengatur tamadun Melayu. Diakuinya bahawa , " ... they have possessed for centuries systems of government and codes of land and maritime laws...". Ini bererti sudah berabad-abad lamanyakedaulatan kerajaan Melayu itu terbentuk terbentuk sebagai satu sistem pemerintahan yang berkuasa dan sah sebelum dia mencecahkan kakinya ke bumi Semenanjung Tanah Melayu.

Isabella Bird nampaknya telah mengkaji sejarah dan budaya negeri-negeri Melayu untuk memaknakan pengembaraannya, dan mencatatkannya untuk kita menginsafi makna diri setelah lebih satu abad kemudian.


Tentang gambaran Melayu dalam persuratan asing: Inggeris, Perancis, Itali, Cina dan Jepun, Prof. Muhammad Hj. Salleh telah menulis sebuah esei yang sangat menarik untuk diteliti: "Malaysia dlam Kesusasteraan Dunia" dlm. Menyeberang Sejarah (Kumpulan Esei Pilihan), DBP.1999. Dia telah merujuk banyak karya dari Barat dan Timur . Salah sebuah gambaran lukisan novelis terkenal Conrad terhadap seorang Bugis di Sulawesi Selatan seperti yang terdapat dalam esei:


"...bentuk badannya lembut sederhana tinggi dan bidang bahunya yang lebar menunjukkan kekuatannya...wajahnya penuh dengan keazaman dan membayangkan sifat keberanian berjenaka , akan tetapi masih memelihara kemuliaan dirinya. Dagu berbentuk segi empat , merah dan tebal, lubang hidung bergerak-gerak dan cara kepalanya tegak megah memberikan kesan bahawa dia adalah separuh liar , tidak jinak, mungkin kejam , dan mengatasi kelembutan sepasang mata keperempuanan, yang menjadi ciri am bangsa ini " (halaman 498)



(C) Ehsan Dato Baha Zain
Bekas Pengerusi, Jawatankuasa Penerbitan Dewan Bahasa Pustaka


Wednesday, May 27, 2009

Istana Hulu

Istana Hulu atau disebut juga Istana Kota terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, iaitu tidak jauh dari Masjid Ubudiah. Istana ini kepunyaan Sultan Idris Mursyidul Azam Syah (Sultan Perak ke 28). Baginda memerintah dari 1887 hingga 1916.

Istana ini mula dibina pada tahun 1898 dan selesai pada 1903. Pada tahun 1916, istana ini diduduki oleh Sultan Abdul Jalil, iaitu Putera Sultan Idris. Selepas kemangkatan Sultan Abdul Jalil pada tahun 1918, maka istana ini telah diduduki pula oleh puteranya, Sultan Yusuf Izzuddin Syah, Sultan Perak ke-32 (1948-1963).

Dalam tahun 1954, Istana Hulu ini telah dimiliki oleh Kementerian Pelajaran, dan kemudian pada tahun 1957, bekas istana ini digunakan sebagai sekolah yang dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Istana Kota. Pada tahun 1970, ia diganti dengan nama Sekolah Raja Perempuan Mazwin, iaitu mengambil sempena dengan nama DYMM Raja Perempuan Perak ketika itu, Raja Mazwin bt Raja Ariff.

Thursday, May 14, 2009

Pahlawan Melayu

Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah. Ibu
beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau
dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar.


Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar
berdikir rebana yang dikenali sebagai ‘Dikir Pahang’. Hobi Mat Kilau
adalah bermain gasing dan berlaga buah keras sehingga sentiasa menjadi juara di kampung beliau.

Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan
seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung
Kedondong. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang.


Mat Kilau banyak menuntut ilmu batin dan kepahlawanan hinggakan boleh menghilangkan
diri. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Osman yang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang.

Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang. Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang
yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat.


Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali(khatib), Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.


Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar.


Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah membaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengisytiharan ini telah menggemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. Setelah empat hari selepas pengumuman
pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun.


Petikan drp (c) http://alam-melayu.blogspot.com/


 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai