Showing posts with label Luahan. Show all posts
Showing posts with label Luahan. Show all posts

Monday, September 6, 2010

CD SAJAK ALAM TINGGI - HARGA RM25 SENASKAH

Aku hanyalah pantai
yang berubah tidak menentu
sepanjang waktu
dipukul ombak yang lalu
(Engkaulah Ombaknya)

Aku hanyalah layang-layang
terbang tinggi ke sana ke mari
dengan tali di hujung jari
(Tali itu di TanganMu)

Aku hanyalah pelakon
berbagai dimensi
terkadang dipuji, terkadang dicaci
hanya menurut skrip diberi
(Engkaulah Pengarahnya)

Aku hanyalah mayat
terbaring kaku
yang hilang rasa malu
menyerah tubuh untuk dimandi
(Engkaulah Pemandinya)

Makkah Al Mukarramah | 17 Mei 1995 | Ana Faqir

KUMPULAN RAJAMENANGIS dengan sukacitanya ingin mengketengahkan koleksi Album Metafizika yang dihasilkan atas tujuan untuk mengajak khalayak mengenali falsafah atau ilmu pengetahuan mengenai sesuatu yang di luar dugaan, dari alam biasa atau yang tak kelihatan. Umpamanya Zat Ilahi yang Maha Agung dan perjalanan diri menuju kepadaNya.

Terdapat 13 Puisi & Lagu "Kembali Ke Asal Mu" yang pasti meruntun rasa, menyentuh sanubari dan memberi keinsafan yang mendalam. Setiap satu berharga RM25 tidak termasuk belanja pos. Antara pendeklamator : Ana Faqir, Prof Emeritus Dato' Shahnon Ahmad, Dr Rahimah Hamid dan lagu oleh Ito Muhamad (Blues Gang).


Thursday, January 7, 2010

PUISI PEJUANG MELAYU GEMPARKAN LONDON (1946)

Sir Frank Swettenham (Residen Jeneral pertama Negeri-negeri Melayu Bersekutu, 1896-1901) ada menerima puisi tentang Malayan Union daripada seorang lelaki Melayu bernama Abdul Hamid Amin. Dia tinggal di kawasan pedalaman Malay Peninsular (Semenanjung Tanah Melayu) dan merupakan saudara kepada pembesar di negerinya. Puisi ini dikirimkan semula dari London kepada editor The Straits Times. Inilah pertama kalinya, sejak akhbar itu diterbitkan, ia menyiarkan puisi dalam Bahasa Inggeris oleh seorang yang berbangsa Melayu.

What is sauce to the goose is sauce to the gander,
Why feign ignorance, irritation and wonder,
Another your house pillage and plunder,
How would you feel my noble pretender!

The Nile is white and the Indus is brown,
If the one can hate the other can frown,
Man after all is merely a clown,
If his conscience has persists to drown.

Empires may come and empires may go,
But mankind on the appreciated upon will go,
Evil may come and good may go,
What do you take on the last journey you go?

Talk or justice in the market I hear,
Or the lack of it in many places they fear,
But what is justice after all, my master dear,
It's helping yourself if the coast is clear!

You and I were gone for a stroll,
And in the hut (palace) some relic regalia we stole,
You the judge and I the catchpole,
What a time for that other poor soul!

We scold the Nazis for misdeeds unspeakable,
And consider some others alike culpable,
For disregarding covenants sacred and indelible,
And inhumane acts heinous and despicable!

I cannot rebuke you for having an opinion,
Or you me for my humble opinion,
But in that game called the Malayan Union,
The active are out the slow to pinion!

Ah! when the losers with ropes are tied,
Blinking in the sun parched and dried,
The winners victorious and puffed with pride,
Jump on their shoulders for a joyous home ride!

I for one won't care for such a game,
Being weak I am sure to go lame,
Whatever others may say preach or proclaim,
I can conjure nothing but discomfort and blame!

Wherefore let those who invented this tedious pastime,
Leave us alone with the pre-war regime,
So that we who are unwinded can take our time,
And choose a game suitable to our clime.

If you take the bun, leave us the crust,
And if the gold spare us the dust,
But pray, why relieve us of our father's trust,
Albeit Oh God! In Thee we trust.

by Abdul Hamid Amin
Dipetik drpd :The Straits Times (bertarikh 9 Julai 1946)
Lukisan : John Singer Sargent

Saturday, December 19, 2009

RAKYAT BERKUMPUL DI HOTEL STATION

Malayan Union diisytiharkan pada 1 April 1946 dengan Edward Gent merupakan Gabernor yang pertama. Bagaimanapun, penentangan terhadap Malayan Union adalah sangat kuat sehingga rancangan itu tidak dapat dikuatkuasakan dengan sepenuhnya. Malah pada majlis perlantikan Edward Gent sebagai Gabenor yang pertama majlis tersebut telah dipulau oleh sultan-sultan Melayu.

Ia adalah kesan daripada tindakan orang-orang Melayu yang telah berhimpun di luar rumah tumpangan yang didiami oleh sultan-sultan Melayu yang ingin menghadiri ucapara perlantikan tersebut. Ketika itu Orang-orang melayu telah bertindak berkabung dengan cara melilit kain putih pada songkok. Orang-orang Melayu yang berkumpul itu telah menghantar wakil mereka iaitu Dato' Onn Jaafar untuk berunding dengan sultan-sultan agar turut memulaukan upacara tersebut.

Melihatkan sokongan rakyat yang begitu kuat mempertahankan tahta mereka, telah menyedarkan sekalian baginda sultan untuk turut berjuang bersama-sama rakyat jelata untuk menggagalkan Malayan Union. Akhirnya,Malayan Union dibatalkan pada 1 Februari 1948 selepas itu untuk mengantikan Malayan Union yang telah gagal itu pihak British terpaksa menurut kehendak masyarakat Melayu yang bertindak melalui UMNO untuk mengwujudkan Persekutuan Tanah Melayu.

Penggantian konsep Persekutuan Tanah Melayu yang baru itu dengan skim Malayan Union yang tidak popular dicapai, melalui perundingan antara pihak British, sultan-sultan Melayu dan UMNO.
Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu merupakan suatu kemenangan untuk orang-orang Melayu tetapi disambut dengan kecewa oleh beberapa golongan-golongan di dalam etnik yang lain. Bagaimana pun, mereka yang menentang cadangan Persekutuan tidak mempunyai sokongan di Tanah Melayu sendiri. Serta lobi Parlimen dan penyokong-penyokong di London yang telah membantu dalam pembatalan skim Malayan Union.

Orang-orang Cina yang berada di Tanah Melayu berasa dikhianati kerana mereka tahu jumlah orang Cina yang terkorban lebih besar berbanding orang Melayu, sepanjang peperangan dengan Jepun. Sesetengah daripada orang Cina yang tidak puas hati kini melihat Parti Komunis Malaya sebagai harapan yang tunggal untuk mencapai sebuah kemerdekaan. Ini didasari oleh pendapat pihak British telah meminggirkan masyarakat cina Tanah Melayu.

Friday, December 11, 2009

SYAIR NASIHAT

SYAIR NASIHAT KEPADA SEMUA KETURUNANNYA

Ayuhai segala anak cucunya
Hendaklah ingat datuk neneknya
Serta fikirkan fiil lakunya
Hendaklah diikut sembarang dapatnya

Janganlah malah ziarah kuburnya
Tiap-tiap Jumaat atau bulannya
Jika jauh akan tempatnya
Setahun sekali jika mudahnya

Jika sungguh upu nenek moyangmu
Fatihah kan dia jangannya jemu
Serta kenduri dan jamu
Barang yang dapat atas usahamu

Sebagai lagi nasihat nenda
Kepada segala sanak saudara
Serta kepada anak cucunda
Salasilah ini hendaklah ada

Tiap-tiap seorang menaruh sendiri
Tidaklah hilang bangsanya sendiri
Supaya tidak susah hendak mencari
Asal-usul kita demikian peri

Raja Ali Haji (Pengarang Tuhfat Al-Nahfis)

Monday, December 7, 2009

Siapa orang Melayu Funan?

Pengasas kerajaan Funan bernama Raja Kaundinya banyak disebut dalam Hikayat Demang Lebar Daun (Annals of the Willow Tree) yang mempunyai kaitan dengan Kataha. Tokoh sejarah ini dianggap wira yang berperanan sebagai pengasas tamadun Indocina dalam kurun 1 Masihi.

Sepertimana orang-orang Yunani, orang Melayu Funan mengagungkan kerabat orang-orang berjasa seperti Kaundinya. Kaundinya dikatakan mempunyai kelebihan ilmu merancang bandar kerana rombongan yang dibawanya termasuk ahli bijak pandai yang berupa membina empangan air untuk pertanian serta mengusaha projek-projek awam yang lain termasuk ketenteraan.
Sebagaimana diriwayatkan oleh Hikayat Merong Mahawangsa, Raja Kaundinya mengepalai ekspedisi yang amat kuat:

"....tahap pembukaan negeri perlu diperhatikan dahulu. Tahap ini seringkali digambarkan sebagai sekumpulan orang yang berpindah-randah ... memakan masa yang lama ... contohnya dalam Hikayat Merong Mahawangsa ... selama 200 hari, kumpulan ini dipimpin oleh seorang raja atau keturunannya diikuti menteri, penggawa, hulubalang, rakyat dan bala tentera. Pada umumnya ia berhenti di beberapa tempat di mana orang bermain dan orang lelaki berburu."

Untuk perdagangan dengan Langkasuka dan lain, pelabuhan Oc Eo ditubuhkan. Kejayaan projek-projek Kaundinya mendapat sambutan dan dengan itu kerajaan Funan menjadi makmur dan kuat. Kejayaan ini dikisah sebagai teori pengasas Funan, Teori Kaundinya.

Teori ini sebenarnya bergantung kepada ilmu perancang bandar. Tamadun yang lebih awal mempunyai tatacara memilih pegawai yang berkaliber, mengusahakan tenaga kerja efisien serta cekap mengutip hasil dan cukai untuk pembangunan awam. Tatacara ini dikumpul dan diperbaiki mengikut pengalaman. Penulisan tatacara yang paling lengkap diusahakan oleh Kautilya pada masa Raja Chandragupta.

Budaya, agama dan bahasa adalah berkait rapat. Disebabkan bahasa tamadun di sekitar Indo-Pakistan adalah Vedas dan Sanskrit, makan tidak dinafikan bahawa panduan perantaran sistem pemerintahan awal negara kota Melayu (pura) banyak mempunyai ciri-ciri yang sama. Contoh kesimpulan simplistik mengenai orang-orang Melayu adalah seperti berikut:

" ... the early Malays ... belong to an older scheme of things ... Hindu organization for government, war, court ceremonial, elephant riding, trade, commerce and the rest ..." Ianya dikatakan simplistik kerana bahasa dan budaya pengucapan umum rakyat jelata adalah Melayu, dan hanya golongan cerdik pandai kerajaan (aristokrasi) sahaja yang dipercayai mahir menggunakan bahasa Sanskrit.

Prosiding Seminar Antarabangsa Pemandiran Budaya Tamadun Timur Laut
Anjuran Pusat Warisan Seni Melayu & UiTM.

Saturday, December 5, 2009

Bercinta Darjah 6

Duhai guru-guru dan kawan-kawanku
Waktu itu ibarat mimpi
kejernihan wajah anak-anak
kebengisan guru-guru
laksana kurnia rahsia Tuhanku
Waktu kegemilangan sekolah
Tersergamlah Sekolah Peringgit
kau sekolah kayu usang
namun tiap pagi bangunku
gemersik jiwa rasanya
dalam ku mengejar dewasa
rupanya panar bercinta

Renungan takkan puas menyapa
gelisahku cuma segelintir tahu
nak diintai mata mu
nak dibingkai senyum mu
nak disebut cinta ku
terpaku, tiada kudrat ku
darjah enam tanggal mulanya
mudanya aku bermanja

Kelak...waktu kian berarak pergi
tersisih jua sepeninggalan ku
terlepas pisahlah sekolah ku
terputus jualah hasrat ku
Aku dikitarkan, dinyahkan
mulalah kehidupan baru
menyunsung tiba Maktab Melayu
siapakah aku
dalam memori mu ...

Shali
Disember 2009

Wednesday, December 2, 2009

SEMINAR PERADABAN MELAYU

Kumpulan Rajamenangis telah berpeluang mengikuti SEMINAR PERADABAN MELAYU yang telah berlangsung pada 23 - 24 November di Dewan Bahasa dan Pustaka anjuran Institut Peradaban Melayu, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang telah membincangkan 11 makalah yang mempunyai kaitan dengan dunia Melayu khususnya. Ia adalah seminar yang memperkayakan pengalaman sekaligus memberi peluang kami berkenalan dengan pemakalah yang mempunyai kepakaran di bidang masing-masing. Pemakalah dan makalah:

Prof. Emeritus Dr. Datuk Asmah Hj. Omar, Felo Penyelidik Kanan, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Beliau adalah seorang sarjana bahasa Melayu yang mempunyai ilmu pengetahuan dan pengalaman yang meluas dan mendalam tentang bahasa Melayu. Beliau akan berbicara mengenai "Bahasa Sebagai DNA Peradaban."




Prof. Dr. Adnan Awang, Penyandang Kursi Za’ba, Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau banyak menyelidiki sejarah dan sumbangan Za'ba dan tokoh-tokoh lain terhadap kecendekiaan Melayu. Beliau akan membentangkan dapatan kajiannya menganai "Cendekiawan Melayu dan Perjuangan dalam Karya Kesarjanaan Mereka."


Dr. Siti Zainon Ismail, mantan profesor, Universiti Kebangsaan Malaysia. Dr. Siti Zainon adalah seorang sarjana seniman Melayu yang terkenal dengan ketokohan dan karya beliau di Alam Melayu. Beliau akan berbicara mengenai "Gaya Berbusana: Adat Dan Adab Selaras Keindahan Peradaban Melayu."




Datuk Dr. Hassan Ahmad, Pengarah Urusan, Yayasan Karyawan Datuk Dr. Hassan Ahmad menerajui Yayasan Karyawan yang menerbitkan Siri Karya Agung dalam bahasa Melayu. Beliau adalah seorang pemikir yang banyak membaca, menulis dan berbicara mengenai pergelutan dalam peradaban semasa kita. Beliau akan membicarakan "Karya Agung Melayu: Cerminan Keunggulan Akal Budi Bangsa Melayu Sepanjang Zaman."


Prof. Dr. Datuk Zainal Kling, Penyandang Kursi Ghafar Baba, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Prof. Datuk Dr. Zainal Kling adalah seorang budayawan sarjana yang lantang membicarakan isu-isu dalam peradaban Melayu semasa. Beliau berbicara mengenai "Nilai-Nilai Unggul Masyarakat Melayu".




Encik Nasha Rodziadi Khaw, siswa sarjana, Universiti Sains Malaysia. Beliau adalah seorang graduan sains yang terpaut pada bidang arkeologi. Dengan kemahirannya dalam bahasa Melayu, Cina, Inggeris dan Perancis, beliau dapat meneliti banyak dokumen asal dalam bahasa-bahasa tersebut, dan membuat "Satu Analisis Sosioekonomi Kerajaan Awal Semenanjung Tanah Melayu Sebelum Kurun Ke-13."




Prof. Datuk Dr. Yaacob Harun, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Prof. Datuk Dr. Yaacob pernah memegang Kursi Pengajian Melayu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, di Universiti Leiden, dan di Victoria University of Wellington. Beliau banyak menjalankan kajian terhadap masyarakat Melayu semasa. Beliau akan membentangkan dapatan kajiannya mengenai "Melayu dan Identitinya."



Prof. Dr. Datuk Wan Hashim Wan Teh, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Datuk Prof. Dr. Wan Hashim Wan Teh terkenal dengan penyelidikannya mengenai diaspora Melayu. Beliau akan menyampaikan hasil penyelidikannya mengenai "Rumpun Melayu Minoriti dan Diaspora, Persoalan Jati Diri."





Prof. Madya Nuwairi Khazai, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Kanun ini adalah asas pembinaan sebuah peradaban, iaitu apabila ada undang-undang yang tertulis. Tuan Nuwairi melakukan banyak penyelidikan terhadap kanun-kanun Melayu. Beliau akan menyampaikan dapatan kajiannya "Kanun-Kanun Melayu Sebagai Ukuran Peradaban Melayu."




Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan, Pengarah Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Datuk Zainal Borhan banyak meneliti dan berbicara tentang peradaban Melayu, dan beliau akan membicarakan "Memantapkan Peradaban Melayu."





Prof. Emeritus Abdullah Hassan, Pengarah, Institut Peradaban Melayu, Universit Pendidikan Sultan Idris. Prof. Abdullah Hassan melibatkan diri dalam perancangan bahasa Melayu di DBP dan Pengajian Tinggi semenjak 1972. Beliau akan menyampaikan makalah "Bahasa Sebagai Unsur Budaya, dan Pembinaan Peradaban Bangsa."

Wednesday, November 25, 2009

TOMAHAN INI SUKAR DITANGKIS



Kata kunci - Diam, senyap, gugup, sunyi, lena, penat, letih, jadi lagi, not again, please, telan air liuq, teladan, contoh, camera trick, amanah, tidur, lena, rehat kejap, photoshop, dulu itu sekarang ini dan seratus lagi kata kunci kita boleh fikirkan!

Sunday, November 22, 2009

Wahai Tunku, betapa benar katamu, betapa jauh pandangan mu...

1945—57
Return Malaya to the Malays (Tunku Abdul Rahman)

With regard to the proposal that independence should be handed over to the “Malayans”, who are these “Malayans”? This country was received from the Malays and to the Malays it ought to be returned. What is called “Malayans”, it is not yet certain who they are; therefore let the Malays alone settle who they are.



Tunku Abdul Rahman in his inaugural speech as
President of UMNO on 26 August 1951
on taking over from Datuk Onn.

Wednesday, November 11, 2009

WARISAN NEGARA

Berikut senarai 'bahan-bahan' warisan negara kita dan wajar kita ketahui supaya ia tidak hilang ditelan zaman. Pelbagai usaha memupuk semula aspek kesenian dan kebudayaan serta memperkenalkan resepi warisan diperkenalkan terutama di majlis atau keraian melibatkan pelancong asing. Dengan adanya usaha pihak Jabatan Warisan, khususnya, Rajamenangis mengharapkan semoga kita lebih prihatin dan mempertahankan ia demi kedaulatan bangsa dan negara.

WARISAN TIDAK KETARA
Makanan

Nasi Lemak
* Nasi Ayam * Nasi Kunyit (Pulut Kuning) * Nasi Tumpang * Nasi Kerabu * Nasi Dagang * Nasi Himpit * Nasi Goreng Kampung * Nasi Ulam * Ketupat * Lemang * Pulut Kukus Periuk Kera * Mee Mamak * Laksa * Mee Kari * Char Kuay Teow Pulau Pinang * Laksa Johor * Mee Siam * Bubur Pedas Sarawak * Bubur As-Sura * Bubur Sum-Sum * Bubur Kacang Hijau * Sagu Gula Melaka * Kuih Bingka Ubi

Rendang * Serunding * Ayam Percik * Manok Pansoh * Masak Asam Pedas * Gulai Tempoyak Ikan Patin * Ikan Bakar * Ikan Panggang Tanah Liat * Gulai Lemak Umbut * Gulai Lemak Cili Padi * Gulai Asam Rom * Kari Kepala Ikan * Kurma Daging / Ayam * Pajeri * Masak Ikan dan Pisang Dalam Buluh * Yong Tau Foo * Daging Dendeng * Ayam Panggang * Botok-Botok Ikan * Sambal Tumis * Chilli Crab

Teh Tarik * Cendol * Air Batu Campur (ABC) * Air Kelapa * Air Selasih * Hinava / Umai * Pekasam * Tempoyak * Otak-Otak * Sambal Belacan * Cencaluk * Sambal Gesek Ikan Bilis * Sate @ Satay * Yee Sang * Sata * Telur Pindang * Kerabu Mangga Muda * Acar

Kuih Keria * Kuih Koci * Akok * Kuih Seri Muka * Kuih Cara * Kuih Bingka * Kuih Bakul * Kuih Bulan * Kuih Cincin * Kuih Bakar * Kuih Sepit * Apam Balik * Pisang Goreng * Keropok * Opok-Opok * Karipap * Buah Melaka @ Ondeh-Ondeh * Lempeng * Bahulu * Dodol * Lempuk Durian * Wajik * Seri Kaya * Halwa * Agar-Agar * Pulut Panggang * Tapai * Masalodeh * Putu Mayam * Maruku * Roti Jala * Roti Canai * Tosai * Penderam * Kuih Lopis * Laddu * Ubi Kayu

KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
Boria * Tarian Zapin * Gamelan * Tarian Bhangra – Kaum Sikh * Tarian Bharata Natyam – Kaum India * Gendang Dua Puluh Empat Perayaan (Gendang Cina) * Dikir Barat * Pantun Melayu * Syair * Karya Pendeta Za’aba * Tulisan Jawi * Hikayat Munshi Abdullah * Wau Malaysia * Congkak * Gasing * Hikayat Malim Deman * Hikayat Merong Mahawangsa

Tuesday, November 10, 2009

Islam Historical Legal Perspective

Historical School of Jurisprudence
Interpreting or indulging in history



The Supreme Court's (SC) judgement in the case of Che Omar Che Soh v. PP (1988 - later referred to as Che Omar) is considered a landmark case concerning the interpretation of the status of Islam as enshrined in Article 3 of the Constitution of Malaysia. At the time, the SC was the highest court in the country's judicial system.

Certain figures from among academics, politicians and the legal fraternity have argued that this case laid to rest the question surrounding the law of the land, that is secular law. Any attempt to change this law is unconstitutional and therefore void.

Article 3(1) proclaims that "Islam is the religion of the Federation; but other religions may be practiced in peace and harmony in any part of the Federation". Some people interpret this Article wide enough to mean that ‘Islam' encompasses all aspects of human life, while some others narrowly construe it to refer only to certain aspects.

The counsel for Che Omar sought to prove the first interpretation, arguing that (i) since Islam does not provide any ‘qisas' or ‘hudud' punishment for the trafficking of dangerous drugs and firearms offences, and (ii) that the Constitution is the supreme law of the land; therefore (iii) a mandatory death sentence for those offences is against Islam, and therefore, unconstitutional and void.

The apex court then had to decide on the possible meaning relative to the term ‘Islam' in the said Article 3. If the meaning is confined only to acts related to rituals and ceremonies, then the argument does not hold any weight.

But if ‘Islam' is an all-embracing reality and constitutes a comprehensive system of life beyond the ritualistic or ceremonial aspects, to include jurisprudence and moral standards, then the argument raised by the counsel had wide implications in the sense that every law has to be tested according to that yardstick.

To make it clear, any legal provision that runs counter to the abovementioned second interpretation, if deemed correct, such a provision must be considered unconstitutional and void. To put it in legal language, any law passed after Merdeka Day which is inconsistent with the Constitution shall, to the extent of the inconsistency, be void.

In Che Omar, it was held that the term ‘Islam' in Article 3 meant such acts as relating to the ritual and ceremonial only. Salleh Abas L.P, leading the five-member bench observed that "If it had been otherwise, there would have been another provision in the Constitution which would have the effect that any law contrary to the injunction of Islam will be void. Far from making such [a] provision, Article 162, on the other hand, purposely preserves the continuity of secular law prior to the Constitution."

Not rejecting the fact that Islam is "a complete way of life covering all fields of human activities, ... private or public, legal, political, economic, social, cultural, moral or judicial", Salleh Abas however explained that this was not the meaning intended by the framers of the Constitution.

The learned judge concluded that the real intention of these framers was this: Islamic law was to be understood in an isolated manner, confined just to the law of marriage, divorce and inheritance only. He put the responsibility of relegating the scope of Islam, i.e. Islamic law to the British colonialists following their rule of the land.

Appeared
The Star, March 2009

Monday, November 9, 2009

Pihak ketiga sabotaj hubungan Malaysia-Indonesia


RAJAMENANGIS sedang memantau laporan awal BERNAMA bahawa terdapat pihak ketiga yang menjadi batu api dan dalang kepada pertelingkahan dari masa ke semasa antara Malaysia dan Indonesia. Rajamenangis mendapat tahu daripada satu sumber akan pihak/negara ketiga tersebut.

Laporan awal Bernama adalah seperti berikut:

Existence Of Third Party Strained Relationship Between Malaysia-Indonesia - Anifah (Menteri Luar, Malaysia) Radiotelegram, Nov 9 -- The strain in relationship between Malaysia and Indonesia was caused by the existence of a third party that had hoped to promote an agenda to benefit politically, Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman told the Dewan Rakyat Monday.

Rajamenangis meminta pihak perisikan Malaysia untuk menghapuskan unsur-unsur sabotaj daripada pihak (atau negara?) ketiga tersebut dengan secepat mungkin demi menjaga kehormatan dan kedaulatan negara dan seterusnya menjaga hubungan baik dua hala Kuala Lumpur- Jakarta.

Thursday, November 5, 2009

INGAT KITA NI PUSSYCAT KER?


Sorry, we are no pussycat.

Quotable quote:
"The vast array of national issues, be they real or perceived or sexed up, triggered no ordinary addiction on the part of some quarters to exploit maximum opportunity available for brewing a state of persistent chaotic confusion to bring the downfall of a social order and hence the eventual collapse in the constitutional signature of this country"
per Shali, Rajamenangis Group

Sunday, November 1, 2009

Rajamenangis syorkan Doa Nurun Nubuwwah dihafal

(Lihat doa penuh dibawah)

Doa Nurun Nubuwwah di katakan memiliki khasiat yang banyak sekali dan sangat menakjubkan terhadap siapa yang suka membaca dan mengamalkannya dengan ikhlas hati benar-benar kerana Allah. Jangan tersasar, ingatlah segalanya datang DARIPADA ALLAH dan bukan daripada ayat doa.

Dan di antara khasiat –khasiatnya adalah seperti berikut;

(1) Pelindung dari Sihir.

Di riwayatkan , bahawa Rasulullah SAW bersabda setelah solat Subuh ketika duduk-duduk bersama para sahabat di Masjidil Haram, tiba-tiba datanglah Malaikat Jibril a.s. membawa doa Nurun Nubuwwah, seraya berkata : ”Wahai Rasulullah, aku telah di utus oleh Allah Subhanahu Wa Taala untuk menyampaikan doa ini kepadamu / Rasulullah”. Selanjutnya beliau bersabda :”Doa Nurun Nubuwwah ini banyak sekali faedahnya bila di baca dan diamalkan. Dan apabila tidak dapat membaca atau tidak hafal, maka cukuplah ditulis, kemudian tulisan tersebut disimpan dalam rumah, maka Allah akan senantiasa memberikan perlindungan kepada penghuni rumah itu dari sihir / tenung atau penyakit.

(2) Hajat Tercapai.

Barangsiapa yang membaca dan mengamalkan doa ini secara istiqamah pada setiap selesai solat sekurang-kurangnya sekali, maka Insya Allah apa pun hajatnya akan segera terlaksana.

(3) Penyelamat dari gangguan makhluk halus.

Bilamana doa Nurun Nubuwwah ini ditulis pada kertas lalu tulisan tersebut di letakkan pada tanaman, Insya Allah tanaman tersebut akan selamat dari hama, apabila di letakkan pada tempat-tempat yang menakutkan atau pada tempat-tempat yang ditempati syaitan atau iblis, jin atau hantu dan segala macam jenis makhluk halus, maka dalam waktu singkat mereka akan bubar dan minggat tanpa kembali lagi.

(4) Dimuliakan orang

Rasulullah SAW bersabda , ”Jika kamu ingin dimuliakan oleh orang lain, maka bacalah Doa Nurun Nubuwwah.”

(5) Pengasih

Bilamana anda ingin mendekati raja / menteri atau orang yang berpangkat atau berkumpul dengan orang banyak maka bacalah doa ini pada tiap hari sekurang-kurangnya sekali, Insya’Allah semua orang yang anda dekati itu akan menaruh kasih sayang.

(6) Air masin menjadi tawar

Bilamana anda pergi belayar naik perahu, kemudian disitu anda kehabisan air minum, maka bacalah doa ini pada air laut, Insya’Allah air laut yang semulajadi masin itu berubah menjadi tawar dan boleh anda minum.

(7) Bertemu para nabi.

Rasulullah SAW bersabda: ”Barangsiapa yang ingin bertemu dengan para Nabi, maka bacalah doa Nurun Nubuwwah sebanyak seratus kali, kemudian tidur, Insya’Allah akan mimpi bertemu dengan para Nabi, di samping itu siapa pun pun yang melihatnya akan menaruh kasih sayang, dan hendaknya tidak terhenti dalam mewiridkan doa Nurun Nubuwwah ini hingga sampai anak cucu.

(8) Penyembuh Kesakitan.

Bilamana ada orang sakit, maka bacalah doa ini pada minyak (minyak kelapa / sawit wijen), kemudian sapukan pada tempat yang sakit, Insya’ Allah akan lekas sembuh.

(9) Mengubat dari kerasukan.

Bilamana ada orang di rasuk hantu, syaitan dan jin, atau gila, maka cara mengubatinya adalah sebagaimana di atas.

(10) Kuat berjalan

Bilamana anda ingin kuat berjalan, bacalah doa tersebut pada daun sirih yang bertemu ruasnya, kemudian sapukanlah mulai dari kepala hingga kaki, Insya’Allah anda akan kuat berjalan walau sejauh perjalanan yang anda tempuh itu.

(11) Turun hujan.

Bilamana akan turun hujan dalam suatu perjalanan, agar anda tidak kehujanan, maka bacalah doa tersebut, Insya’Allah tidak jadi turun hujan.

(12) Pengaman bagi orang bertengkar

Bilamana ada orang yang bertengkar, sedang anda ingin melerainya maka bacalah doa ini, Insya’Allah orang yang bertengkar itu akan berhenti dan akhirnya saling memaafkan.

(13) Musuh menjadi takut

Bilamana anda pergi berperang (fisabilillah), bacalah doa ini, Insya’ allah tidak di kejar musuh, bahkan musuh akan lari tunggang langgang ketika bertemu dengan anda.

(14) Sulit bersalin.

Bilamana ada wanita bersalin yang sulit, maka bacalah doa ini pada pinggang atau mangkuk putih yang berisi air, kemudian airnya diminumkan, Insya’ Allah bayinya akan segera keluar tanpa kesulitan yang di derita oleh sang ibu.

(15) Sakit mata

Bilamana ada orang sakit mata, maka bacalah doa ini lalu tiupkan pada mata yang sakit itu. Insya’allah akan lekas sembuh.

(16) Penawar gigitan ular

Bilamana ada orang digigit ular, atau kena sengatan binatang berbisa, atau kena racun dan penyakit lain, maka bacakanlah doa tersebut pada tempat yang terkena gigitan atau sengatan itu, Insya’ Allah akan lekas sembuh.

(17) Raja Jin.

Bilamana anda ingin mendatangkan raja jin, maka bacalah doa ini sebanyak seratus kali dalam keadaan tidak berhadas (suci), baik suci badan dan tempat, kemudian masuk ditempat yang sepi pada malam Jumaat. Insya’ Allah anda akan dijumpai oleh si raja jin itu.

(18) Terhindar dari Kekufuran.

Bilamana anda membaca doa ini pada malam Jumaat sebanyak lima puluh kali, Insya’Allah akan terhindar dari kekufuran, bid’ah dan dijauhkan dari perbuatan buruk.

(19) Menjumpai Jin.

Suatu keajaiban yang luar biasa bilamana ada jin yang ingin menyerupai manusia, maka jadi lah ia manusia lantaran berkah-Nya doa Nurun Nubuwwah ini, begitupun manusia jika ingin menjumpai jin, maka ia mengamalkan doa tersebut.

(20) Penyelamat siksa neraka.

Bilamana doa ini di baca setiap hari, maka akan selamat dari siksa neraka, selamat dunia akhirat dan terhindar dari godaan syaitan.

(21) Ingin mimpi yang indah.

Bilamana anda ingin mimpi yang indah, maka bacalah doa ini pada malam Sabtu, sebanyak seratus kali, Insya Allah akan tercapai.

(22) Awet Muda

Bilamana anda baca pada malam Minggu, maka anda boleh awet muda walau usia sudah lanjut.

(23) Memberi keselamatan.

Bilamana anda baca pada malam Isnin, maka Allah akan memberikan keselamatan kepada anda, dijauhkan dari malapetaka.

(24) Menjadi kuat

Bilamana anda baca pada malam Selasa, maka anda akan menjadi kuat, serta terjauh dari penyakit.

(25) Gigitan yang kuat

Bilamana anda baca pada malam Rabu, maka gigi anda akan menjadi kuat, serta terjauh dari penyakit.

(26) Penyeri wajah.

Bilamana anda baca pada malam Khamis, maka wajah anda bertambah elok sehingga banyak wanita yang terpikat.

(27) Binatang menjadi patuh.

Bilamana anda baca pada malam Jumaat, maka semua binatang yang buas akan menjadi patuh terhadap anda.

(28) Melamar wanita.

Bilamana anda ingin melamar seorang wanita, maka berpuasalah sehari dan malamnya jangan tidur, kemudian bacalah doa ini terus menerus di tempat yang sunyi, Insya’Allah lamaran anda di terima.

(29) Harta dunia.

Bilamana anda ingin harta dunia, maka bacalah doa ini pada kunir (kunyit putih / temu) kemudian tanamlah di tanah, Insya’Allah akan jadi emas, tapi jangan berbicara atau beritahu orang lain.

Inilah doanya :

ea1e93be.jpg

Ertinya:

“Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orang yang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul Hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih lagi memiliki singgasana yang Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku , kabulkan hajatku, perbanyakkanlah harta bendaku dan anakku, cintakanlah semua manusia dan jauhkanlah permusuhan dari anak cucu Nabi Adam a.s., orang-orang yang masih hidup dan semoga tetap ancaman siksa bagi orang-orang kafir. Dan katakanlah : “Yang haq telah datang dan yang batil telah musnah, sesungguhnya perkara yang batil itu pasti musnah”. Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran tidak akan menambah kepada orang-orang yang berbuat aniaya melainkan hanya kerugian. Maha Suci Allah Tuhanmu Tuhan Yang Maha Mulia dari sifat-sifat yang di berikan oleh orang-orang kafir. Dan semoga keselamatan bagi para Rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.”

Friday, October 16, 2009

PUISI ASRAMA DAMAI

BUAT WAKTU YANG TAKKAN KEMBALI ...

Maafkan aku, Tuhan
kerana tika aku ke Asrama Damai
entah kenapa pandanganku tiba-tiba kabur
bibirku tiada dapat bertutur
langkahku kaku
jiwaku merintih sendu

Maafkan aku, Tuhan
ku tinggalkan Asrama Damai
dan senyuman anak-anak yatim itu
dalam hiba deraian air mata
kerana baru ku sedar
aku teramat rindukan
senyuman dan tawamu,
duhai sahabatku ....

14 Oktober 2009,
Asrama Damai Kuang,

Selangor.

VIDEO Azan berkumandang - sangat sedih & unik

Azan yang agak berbeza: mendayu, sayu dan sedih.







Oleh Kumpulan Rajamenangis

Monday, October 12, 2009

Di Mana Masjid Cina-Muslim Pertama di Malaysia?

Masjid Jubli Perak (Masjid Cina), mercu tanda baru bagi penduduk Rantau Panjang, Kelantan. Ia dikenali sebagai masjid pelbagai budaya dengan mengambil contoh senibina Pagoda di China. Antara kemudahan yang disediakan ialah dewan solat yang mampu memuatkan seramai 1000 orang, dewan serba guna, bangunan bazaar untuk perniagaan dan tempat letak kenderaan. Kos pembinaannya ialah RM9.5 juta.

Selain ianya dibuka kepada umat Islam untuk sembahyang, pelawat juga dibenarkan untuk melihat senibina masjid dan sebagai tempat untuk berehat kerana disediakan tempat khas di ruangan bawah masjid. Kewujudan Masjid Cina pertama di Malaysia ini telah menarik ramai pelancong tempatan dan juga dari Selatan Thailand.


Timbalan Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah berkata, idea penubuhan masjid berseni bina Cina ini telah diutarakan sejak Macma ditubuhkan pada 1994. Namun, hasrat ini mula disuarakan pada 1996 dan menjadi semakin berkumandang pada 2000 hingga sekarang.

"Kewujudan masjid berseni bina Cina yang turut berfungsi sebagai pusat aktiviti dakwah, sudah tentu dapat menyelesaikan banyak permasalahan dalam usaha merealisasikan dakwah Islamiah, terutama di kawasan bandar yang majoritinya dihuni oleh masyarakat Cina." Susulan itu, masjid Cina Muslim pertama di Perak (Masjid Baru Muhammadiah), akan dibina di Taman Tasek Jaya. Manakala di Kuala Lumpur, cadangan di tapak Penjara Pudu berdekatan Bukit Bintang.

Catatan kembara Ibnu Battuta di curi oleh Perancis?

Kebesaran Kerajaan Melayu bukan sahaja diakui dan diagungkan oleh bangsa Melayu semata-mata, malah seorang pengembara dari Arab, Ibnu Battuta. Didalam kitabnya, Tuhfat al-Nazhar beliau menyebut selama mengelilingi dunia hanya ada tujuh raja yang memiliki kelebihan luar biasa, iaitu Raja Iraq yang berbudi bahasa, Raja Hindustani sangat peramah, Raja Yaman berakhlak mulia, Raja Turki gagah perkasa, Raja Rom sangat pemaaf, Raja Turkistan bersifat tolak ansur dan Raja Melayu Malik Al-Zahir (Sumatra) yang berilmu pengetahuan luas dan mendalam.

Pengembaraannya bermula ketika usianya 21 tahun. Beliau meninggalkan Tanjah pada 14 Jun 1325. Pengembaraan beliau mengambil masa 38 tahun meliputi perjalanan sejauh 120,000 kilometer dan singgah di 44 negara. Beliau kembali semula ke Morocco semasa pemerintahan Sultan Abu 'Inan dan kisah pengembaraan beliau ditulis oleh Ibn Juza.

Kisah pengembaraan pertama bermula dari Tangier, Afrika Utara pada 13 Jun 1325 menuju Iskandariah sebelum ke Dimyath dan Kaherah. Selanjutnya Ibnu Battuta merentasi bumi Palastin menuju Damsyik dan ke Ladzikiyah, seterusnya ke Aleppo. Dalam perjalanan berkenaan, Ibnu Battuta terlihat satu kafilah sedang menuju ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji lalu beliau bergabung dengan rombongan itu. Beliau menetap di Makkah selama 2 tahun.

Ibnu Battuta meneruskan pengembaraannya ke Yaman melalui jalan laut dan melawat Aden, Mombosa, Timur Afrika dan Kulwa. Beliau kembali ke Oman dan balik semula ke Mekkah untuk menunaikan Haji pada tahun 1332 masihi, melaui Hormuz, Siraf, Bahrin dan Yamama.

Pada pusingan kedua, Ibnu Battuta ke Syam dan Laut Hitam, ke Bulgaria, Rom, Rusia, Turki serta pelabuhan Odesia dan menyusuri Sungai Danube. Kemudian belayar ke Semenanjung Crimea di mana beliau mengunjungi Rusia Selatan dan seterusnya ke India. Di India beliau menjadi kadi dan berkhidmat dengan keluarga seorang sultan.

Beliau mengembara hingga ke Sri Lanka, Indonesia dan Canton, Sumatera, Indonesia dan melalui laut Amman sebelum meneruskan perjalanan darat ke Iran, Iraq, Palestin dan Mesir. Beliau kembali ke Makkah untuk menunaikan Ibadah Haji yang ke tujuh (terakhir) pada November 1348.


Perjalanan ketiga bermula pada 753 Hijrah dimana beliau sampai ke Mali di tengah Afrika Barat sebelum ke Maghribi. Setiap kali mengunjungi sesebuah negara, Ibnu Battuta akan membuat catatan terperinci mengenai penduduk, pemerintah, ulamak serta kezaliman yang dilaksanakannya.

Tetapi malangnya, pencapaian Ibnu Battuta yang luar biasa itu tidak mendapat penghargaan sewajarnya apabila manuskrip catatannya dirampas dan di sembunyikan kerajaan Perancis yang menjajah kebanyakan negeri di benua Afrika.
Manuskrip catatan beliau dipercayai disimpan di Bibliotheque Nationale, Paris, menyebabkan bangsa Arab sendiri tidak dapat menghargai pencapaiannya sebagai seorang pelayar Islam yang agung.

Wednesday, October 7, 2009

INDONESIA SEMAKIN NAIK LEMAK


SUMBER: Berita Harian DAN News Straits Times
"Usah panik khabar angin BENDERA serang". "Rakyat negara ini diharap tidak panik dan jangan membuat sebarang andaian berhubung khabar angin kononnya satu kumpulan yang menggelar diri mereka Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera - INDONESIA) akan menyerang Malaysia ...berikutan beberapa isu berbangkit", ujar Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. Dalam pada itu Datuk Mohamed Tajudeen Abdul Wahab (Setiausaha Majlis Keselamatan Malaysia) mengatakan "semua sempadan negara akan di pantau dengan lebih gigih oleh pasukan keselamatan untuk memastikan rakyat negara ini selamat".

RAJAMENANGIS MENDESAK agar Kerajaan membenarkan ahli kumpulan BENDERA itu mendarat di Semenanjung Tanah Melayu kerana kita BANGSA MELAYU juga sudah tidak tahan lagi menerima penghinaan ini dan kita sambut kunjungan mereka samada dari langit, udara, sungai, laut, darat dan sebagainya, agar kita boleh PERLIHATKAN kedaulatan dan keperwiraan anak bangsa kita. Kita tidak mahu lagi melihat Kerajaan Indonesia bergurau senda dalam hal ini dan jika mereka memeluk tubuh, maka terserahlah! Maka kita pertontonkan peristiwa suatu masa dahulu. Cis kau! Membujur Lalu, Melintang Patah!

Sudah sekian lama, kemurahan hati kita tidak mereka endahkan. Bayangkanlah, seramai dua juta rakyat Indonesia mencari rezeki di Semenanjung Tanah Melayu. Berapa banyak wang yang mengalir keluar demi mensejahterakan keluarga mereka dan untuk memakmurkan negara mereka?

Saturday, October 3, 2009

BUKU FOTO KENANGAN NEGERI MELAYU 1900

Raja Nazrin lancar buku muatkan gambar koleksi Sultan Selangor


Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Raja Nazrin Shah melihat buku Malay Peninsula: Old Photographs of Malaya and Singapore By Kleingrothe di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 1 Okt. – Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah melancarkan buku Malay Peninsula: Old Photographs of Malaya and Singapore By Kleingrothe yang memuatkan gambar-gambar lama Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura.

Ia mengandungi 139 keping gambar koleksi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dirakam oleh jurugambar C.J. Kleingrothe pada awal tahun 1900.

Sultan Sharafuddin yang turut berkenaan menyaksikan pelancaran buku itu ditemani oleh anakanda baginda, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Raja Nazrin dalam titahnya memberitahu, buku itu merupakan satu lagi projek Sultan Selangor yang amat berminat dalam sejarah negara.

“Negara sekali lagi berhutang dengan seorang Sultan yang sudi berkongsi koleksi gambar yang cantik dan memperlihatkan rasa cinta serta mengambil berat seorang Sultan terhadap rakyat dan negara.

“Sultan Selangor merupakan pengumpul bahan-bahan sejarah dan pelbagai barang yang mempunyai nilai tinggi, sekiranya hilang tidak akan dapat ditemui lagi, baginda percaya bahawa bahan-bahan sejarah ini perlu dipelihara,” titah Raja Nazrin.

Koleksi gambar milik Sultan Selangor itu diperolehi apabila baginda membeli sebuah kotak mengandungi gambar-gambar yang diambil oleh Kleingrothe, seorang jurugambar berbangsa Jerman berpangkalan di Medan, Sumatera.

Raja Nazrin bertitah, gambar-gambar yang terkandung di dalam buku tersebut mengenai suasana Tanah Melayu yang tidak lagi wujud sekarang iaitu mengenai rakyat, landskap, seni binaan dan teknologi yang ada pada zaman tersebut.

Salah satu gambar yang paling disukai baginda adalah mengenai bandar Batu Gajah.

“Gambar mengenai Batu Gajah, sebuah bandar yang aman dan damai di mana ayahanda patik, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dilahirkan dan membesar.

“Gambar tersebut menunjukkan suasana kebun-kebun getah dan lombong bijih timah serta didiami dengan aman damai oleh rakyat berketurunan Melayu, Cina, India dan Sikh,” titah baginda.

Raja Nazrin bertitah, gambar-gambar itu menunjukkan bagaimana nenek moyang berkorban untuk membina negara seperti yang diwarisi sekarang.


Sumber: Arkib Khas: (c) 2009 Utusan Malaysia

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai