Friday, February 5, 2010

Jangan pertikai hak kaum – PM Najib


Jangan pertikai hak kaum – PM Najib


MELAKA 4 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta seluruh rakyat tidak mempertikaikan hak sesuatu kaum kerana di bawah gagasan 1Malaysia hak tersebut sememangnya dipertahankan. Perdana Menteri berkata, seluruh masyarakat perlu mengakui sama ada orang Melayu, Iban, Kadazan, Cina, India, Portugis dan sebagainya telah menyumbang kejayaan kepada negara.

Menurutnya, tanpa sumbangan setiap kaum, tidak mungkin Malaysia yang dulunya dikenali sebagai negara pertanian kini mampu berubah menjadi sebuah negara industri.

‘‘Hari ini Malaysia telah berubah menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi dan kejayaan itu dicapai kerana hasil sumbangan daripada setiap kaum di negara ini.

‘‘Kerana itu di bawah gagasan 1Malaysia, pentingnya kerjasama daripada semua kaum tanpa perlu mempertikaikan hak masing-masing bagi memastikan negara terus maju,” katanya.



Oleh AMRAN MULUP, ARIF NIZAM ABDULLAH dan LUQMAN HAZIQ
pengarang@utusan.com.my
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai