Friday, February 4, 2011

Tindakan Mesti Diambil

Berikutan tulisan di laman blog nya yang disiarkan pada 30 Disember lalu didakwa menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei, semalam ditahan mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan.

Jika tidak dibendung dari awal, kenyataan Shuhaimi itu dikhuatiri mempunyai dakyah dan propaganda menghasut rakyat ke arah membenci institusi raja. Perkara ini bukan lagi boleh dipandang sebelah mata kerana ia sedang digerakkan oleh pihak tertentu.

Setelah beberapa minggu menunggu tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Peguam Negara supaya mengambil tindakan segera terhadap Shuhaimi, akhirnya menjadi kenyataan. BACA SELANJUTNYA
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai