Saturday, February 5, 2011

Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka


Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) telah menganjurkan satu Konvensyen yang bertajuk “Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka” sempena memperingati kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka 1511.

Ia bagi menyedarkan masyarakat Melayu Islam sejarah kegemilangan yang pernah dicapai oleh bangsa mereka yang didirikan dengan berpaksi kepada keutuhan jatidiri dan iltizam tinggi terhadap pelaksanaan syariat Islam.

OBJEKTIF :
• Memberi gambaran keutuhan jatidiri Masyarakat Melayu yang telah membina sebuah tamadun yang gilang-gemilang dan kerajaan yang mendapat pengiktirafan seluruh dunia

• Memberikan kefahaman yang mendalam kepada masyarakat bagaimana proses penjajahan telah merungkai jatidiri dan agenda perjuangan bangsa Melayu.

• Memberikan cadangan penyelasaian permasalahan jatidiri umat Melayu Islam di negara ini bagi membolehkan mereka menjadi menjadi bangsa yang unggul semula.

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai