Tarikh: 1 - 29 Ramadan
Tempat: seluruh dunia
Acara menarik:
Puasa, Berbuka, Bersahur, Tarawih, Qiamulail, Tadarus, Zikrullah, Zakat Fitrah, Sedekah dan amalan lain.
Bonus hebat:
Pahala 1,000 bulan, Lailatulqadar, Doa dimakbulkan, Sihat Tubuh Badan, Diskaun Dosa 100 peratus dan ganjaran lain.
CEPAT!!! Ganjaran Lumayan daripada Allah SWT sementara stok umur masih ada. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk al-Quran dan hadis serta alim ulama.
Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna dan lebih berkesan. Amin ya rabbal alamin. Selamat berpuasa!
Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Wednesday, July 27, 2011
Saturday, August 7, 2010
RALAT: TIADA 'RAJA RAJA MALAYSIA' DI SINI
Setiap tahun, Kumpulan Rajamenangis rasa gelisah dan ralat apabila mendengar pengumuman bermulanya Ramadhan dan Aidilfitri di TV dan Radio dengan menyebut "RAJA-RAJA MALAYSIA". Ungkapan "Raja-Raja Malaysia" tidak pernah sama sekali wujud dalam sejarah warisan negara mahu pun dalam Perlembagaan Persekutuan atau Undang-undang Tubuh Negeri. Kami percaya ungkapan "Raja Malaysia" seolah-olah seperti kosong dan tidak bermakna dalam konteks Semenanjung Tanah Melayu (The Malay Peninsular).Ungkapan yang benar dan serasi adalah "Raja-Raja Negeri-Negeri Melayu" kerana kesemua sembilan Raja-Raja Melayu adalah daripada negeri Melayu yang sembilan, (dari manakah kita dapat sembilan ini? Jawapan - daripada campuran FMS iaitu
Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan UFMS iaitu Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu). Pada awalnya Negeri-negeri Melayu TIDAK termasuk Pulau Pinang dan Melaka (kerana kedua-duanya adalah Negeri-negeri Selat) yang masuk menjadi sebahagian daripada Negeri-negeri Melayu - perlembagaan tetap menggunakan istilah Inggeris 'States of Malaya' - selepas 1957.
Dan kesemua Negeri-negri Melayu (yang sembilan) dan dua Negeri Selat (Pulau Pinang dan Melaka) termasuk juga dua lagi iaitu Sabah dan Sarawak menyambut Ramadhan dan Aidilfitri lazimnya serentak kerana perkenan sembilan Raja-raja Melayu yang telah menyerahkan hak mengumumkan kepada DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agung (sebagai Ketua Persekutuan) kepada seluruh Malaysia. Ini juga adalah kerana DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agung mengambil tugas Ketua Agama di Melaka dan Pulau Pinang, serta Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak, walau pun di Negeri Sabah wujud '20-Points Agreement' manakala di Sarawak pula, '18-Points Agreement' mungkin ada tafsiran yang lain.
Tetapi mencari jalan mudah dengan mentafsirkan Sultan-sultan Melayu sebagai 'Raja-Raja Malaysia' adalah sesuatu yang drastik, dibuat-buat, tidak betul dan tidak tepat dari aspek mana sekali pun. Dan sesungguhnya, ini memalukan sistem kita.
RAJAMENANGIS MENDESAK KERAJAAN MALAYSIA DAN MAJLIS RAJA RAJA MEMPERBETULKAN KESILAPAN YANG TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU SEMENJAK BERTAHUN-TAHUN KEBELAKANGAN INI.
Labels:
agama,
aidilfitri,
amalan,
raja melayu,
ramadhan
Friday, August 6, 2010
HIKMAH RAMADAN
Alhamdulillah… Alhamdulillah
Ramadan kini tiba lagi
Syukur pada Yang Esa
Bulan Ramadan tiba lagi
Membawa hikmah dan pengajaran
MEndidik jiwa orang bertakwa
Menginsafkan diri siapa kita
Jagalah adab di bulan ini
Berbukalah dengan rezeki yang halal
Sediakan juadah yang berpatutan
Elakkan diri dari pembaziran
Berbagai hikmah dan baraqah
Terkandung di dalam bulan Ramadan
Dikurniakan juga Lailatulqadar
Malam terpilih sepuluh malam terakhir
Puasa bukan hanya berlapar
Tapi ia jalan menuju ketakwaan
Ibadat dibina dari hati maknawi
Redha lagi pasrah penuh kehambaan
Senikata Nasyid ~ Rabbani

Ramadan kini tiba lagi
Syukur pada Yang Esa
Bulan Ramadan tiba lagi
Membawa hikmah dan pengajaran
MEndidik jiwa orang bertakwa
Menginsafkan diri siapa kita
Jagalah adab di bulan ini
Berbukalah dengan rezeki yang halal
Sediakan juadah yang berpatutan
Elakkan diri dari pembaziran
Berbagai hikmah dan baraqah
Terkandung di dalam bulan Ramadan
Dikurniakan juga Lailatulqadar
Malam terpilih sepuluh malam terakhir
Puasa bukan hanya berlapar
Tapi ia jalan menuju ketakwaan
Ibadat dibina dari hati maknawi
Redha lagi pasrah penuh kehambaan
Senikata Nasyid ~ Rabbani
Labels:
bulan Islam,
ramadhan
Monday, August 2, 2010
SIRI RAMADHAN: ADAB BERPUASA & SOLAT TERAWIH
[Khabarkan anda terbaca di Rajamenangis!]Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:
1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;
2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;
3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih. Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;
4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)
Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);
5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;
6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.
Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.
Kenyang
Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t.. Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)
Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”
As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;
8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur. Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);
9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)
10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya. Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau. Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya.
Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya. Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya. Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)
Penghargaan : http://halaqah.net
Labels:
bulan Islam,
fadhilat surah,
Islam,
ramadhan
Sunday, August 1, 2010
BERDEBAR TUNGGU RAMADHAN - FADHILAT QURAN
Fadhilat Membaca dan Menghafal Al-Quran
• “Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Qur’an dan mengajarnya” (Hadith riwayat Bukhari)
• “Mereka yang membaca Al-Qur’an dan dia mahir didalamnya maka ia bersama para malaikat pencatit yang mulia. Mereka yang membaca Al-Qur’an sedangkan ia tidak lancar bacaannya dan payah baginya untuk membaca maka untuknya dua pahala.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
• “Bacalah Al-Qur’an kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat memberi syafaat kepada pembacanya.” (Hadith riwayat Muslim)
• “Tiada ada hasad kecuali pada dua perkara: Orang yang Allah berikan kepadanya Al-Qur’an maka dia membacanya siang dan malam. Dan orang yang Allah berikan kepadanya harta maka ia menafkahkannya siang dan malam.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
• “Sesiapa membaca sehuruf dari Al-Qur’an maka untuknya satu kebajikan, dan setiap kebajikan digandakan sepuluh kali. Aku tidak berkata Alif-Lam-Mim itu satu huruf, tetapi Alif adalah huruf, Lam adalah huruf dan Mim adalah huruf.” (Hadith riwayat Tarmidzi)
• “Berkata Allah s.w.t.: Sesiapa yang disibukkan dengan membaca Al-Qur’an dan mengingati Aku daripada meminta sesuatu dari Aku, maka Aku akan memberikannya lebih baik dari apa yang diminta oleh orang lain. Dan kelebihan perkataan Allah (Al-Qur’an) atas perkataan-perkataan lain adalah seperti kelebihan Allah atas makhluknya.” (Hadith riwayat Tarmidzi)
• Bacalah Al-Qur’an kerana Allah s.w.t tidak mengazabkan hati yang menyimpan Al-Qur’an. Dan sesungguhnya Al-Qur’an ini adalah jemputan Allah. Siapa yang mendatanginya maka ia akan merasa keamanan. Dan sesiapa yang cinta akan Al-Qur’an maka bergembiralah.” (Hadith riwayat Ad-Darimy)
• “Mereka yang membaca Al-Qur’an dan dia mahir didalamnya maka ia bersama para malaikat pencatit yang mulia. Mereka yang membaca Al-Qur’an sedangkan ia tidak lancar bacaannya dan payah baginya untuk membaca maka untuknya dua pahala.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
• “Bacalah Al-Qur’an kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat memberi syafaat kepada pembacanya.” (Hadith riwayat Muslim)
• “Tiada ada hasad kecuali pada dua perkara: Orang yang Allah berikan kepadanya Al-Qur’an maka dia membacanya siang dan malam. Dan orang yang Allah berikan kepadanya harta maka ia menafkahkannya siang dan malam.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
• “Sesiapa membaca sehuruf dari Al-Qur’an maka untuknya satu kebajikan, dan setiap kebajikan digandakan sepuluh kali. Aku tidak berkata Alif-Lam-Mim itu satu huruf, tetapi Alif adalah huruf, Lam adalah huruf dan Mim adalah huruf.” (Hadith riwayat Tarmidzi)
• “Berkata Allah s.w.t.: Sesiapa yang disibukkan dengan membaca Al-Qur’an dan mengingati Aku daripada meminta sesuatu dari Aku, maka Aku akan memberikannya lebih baik dari apa yang diminta oleh orang lain. Dan kelebihan perkataan Allah (Al-Qur’an) atas perkataan-perkataan lain adalah seperti kelebihan Allah atas makhluknya.” (Hadith riwayat Tarmidzi)
• Bacalah Al-Qur’an kerana Allah s.w.t tidak mengazabkan hati yang menyimpan Al-Qur’an. Dan sesungguhnya Al-Qur’an ini adalah jemputan Allah. Siapa yang mendatanginya maka ia akan merasa keamanan. Dan sesiapa yang cinta akan Al-Qur’an maka bergembiralah.” (Hadith riwayat Ad-Darimy)
Labels:
baca quran,
fadhilat surah,
quran,
ramadhan
Subscribe to:
Posts (Atom)