Showing posts with label aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label aidilfitri. Show all posts

Saturday, August 28, 2010

MERCUN DAN BUNGAPI BANTU MERIAHKAN RAYA


Setiap tahun, dalam Ramadhan, pasti kita akan disajikan dengan iklan-iklan RAYA panjang di TV oleh beberapa syarikat GLC. Lazimnya tema iklan Hari Raya di TV mempunyai ciri-ciri berikut:

1. kisah keluarga
2. kepelbagaian kaum dan budaya
3. sedih
4. cara hidup era 'Malaya'atau 50AN, 60an, 70an...
5. lebih panjang iklannya daripada yang lain lain.

Yang peliknya dalam no (4) diatas, tidak pulak ditonjolkan betapa raya itu (dan juga Gong Xi Fa Chai itu) di Tanah Melayu dan di Borneo, di meriahkan dengan bunga api dan mercun - dan dentuman meriam buluh yang telahpun di iktirafkan sebagai warisan beberapa tempat pendalaman di sini. Kita akan jadi hipokrit kiranya kita yang melalui zaman itu menafikannya. Pelbagai bunga api dan mercun, dan dentuman meriam buluh Melayu tidak pernah gagal memeriahkan lagi suasana sambutan hari perayaan tersebut di Malaya, di era 50an, 60an dan 70an..

.

Kerajaan jangan buat pekak jer: Bungapi meriahkan Raya & kanak2 JIKA DISELIA ORANG DEWASA


Yang tidak kurang peliknya, TIDAK pula kedengaran banyak kes-kes kemalangan dan kecederaan jika dibandingkan dengan zaman kini. Kerana seliaan ibu bapa masih ketara ketika itu, dan paling kurang, pakcik, makcik dan sedara sekampung turut bersama menjaga anak-anak membakar bunga api dan mercun. Sekarang ini, anak membakar mercun, mak bapak tengok TV.

Maklumlah zaman ini ada Internet - kerana generasi kini boleh tahu cara nak bukak mercun, cara nak modify mercun, cara 'knowledge based technique' untuk dapatkan efek mercun yang lebih menakjubkan - konon la (sebab itulah ramai kanak-kanak yang kudong jari dan kudong hidung).


Kini 'warisan' itu hanya tinggal kenangan dan di tololkan kisahnya yang sebenar padahal 'mereka' mengakui ia mampu menyemarakan rasa meriah raya itu, disamping kaum lain juga turut dapat bersama bermain mercun dan bunga api. [isu halal haram tidak dilupai bagi pembaca yang pantas kritis]






RAJAMENANGIS MEMANGGIL PARTI YANG MAHU MEMENANGI PILIHANRAYA AKAN DATANG MEMBUAT SATU KAJIAN YANG MENJAWAB SOALAN SOALAN BERIKUT:

1. apakah salahnya membenarkan mercun tertentu dan bunga api tertentu (kualiti dan had tertentu dan jenama yang tertentu - keselamatan) pada hari pertama dan kedua Hari Raya (dan juga Gong Xi Fa Chai)

2. apakah salahnya mewajibkan kanak-kanak di selia oleh orang dewasa yang lebih daripada 21 tahun - gagal menyelia dijadikan kesalahan.

3. apakah salahnya di gazetkan waktu permainan akan wajib berakhir pada 11 malam contohnya?

4. apakah salahnya di perketatkan syarat-syarat lain, agar kerja polis dan UPP bukan hanya mengejar kereta lembu bawa masuk mercun dari Thailand?


Permit di perlukan dan diselaraskan: Mengikut Akta Bahan Letupan 1957. Seksyen 4 (2) memperuntukkan undang-undang sesiapa yang bersalah mengilang, memiliki dan mengimport mercun atau bunga api, boleh dihukum penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya. (baik punya, jalan pendek)

Saturday, August 7, 2010

RALAT: TIADA 'RAJA RAJA MALAYSIA' DI SINI

Setiap tahun, Kumpulan Rajamenangis rasa gelisah dan ralat apabila mendengar pengumuman bermulanya Ramadhan dan Aidilfitri di TV dan Radio dengan menyebut "RAJA-RAJA MALAYSIA". Ungkapan "Raja-Raja Malaysia" tidak pernah sama sekali wujud dalam sejarah warisan negara mahu pun dalam Perlembagaan Persekutuan atau Undang-undang Tubuh Negeri. Kami percaya ungkapan "Raja Malaysia" seolah-olah seperti kosong dan tidak bermakna dalam konteks Semenanjung Tanah Melayu (The Malay Peninsular).

Ungkapan yang benar dan serasi adalah "Raja-Raja Negeri-Negeri Melayu" kerana kesemua sembilan Raja-Raja Melayu adalah daripada negeri Melayu yang sembilan, (dari manakah kita dapat sembilan ini? Jawapan - daripada campuran FMS iaitu
Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan UFMS iaitu Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu). Pada awalnya Negeri-negeri Melayu TIDAK termasuk Pulau Pinang dan Melaka (kerana kedua-duanya adalah Negeri-negeri Selat) yang masuk menjadi sebahagian daripada Negeri-negeri Melayu - perlembagaan tetap menggunakan istilah Inggeris 'States of Malaya' - selepas 1957.

Dan kesemua Negeri-negri Melayu (yang sembilan) dan dua Negeri Selat (Pulau Pinang dan Melaka) termasuk juga dua lagi iaitu Sabah dan Sarawak menyambut Ramadhan dan Aidilfitri lazimnya serentak kerana perkenan sembilan Raja-raja Melayu yang telah menyerahkan hak mengumumkan kepada DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agung (sebagai Ketua Persekutuan) kepada seluruh Malaysia. Ini juga adalah kerana DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agung mengambil tugas Ketua Agama di Melaka dan Pulau Pinang, serta Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak, walau pun di Negeri Sabah wujud '20-Points Agreement' manakala di Sarawak pula, '18-Points Agreement' mungkin ada tafsiran yang lain.


Tetapi mencari jalan mudah dengan mentafsirkan Sultan-sultan Melayu sebagai 'Raja-Raja Malaysia' adalah sesuatu yang drastik, dibuat-buat, tidak betul dan tidak tepat dari aspek mana sekali pun. Dan sesungguhnya, ini memalukan sistem kita.

RAJAMENANGIS MENDESAK KERAJAAN MALAYSIA DAN MAJLIS RAJA RAJA MEMPERBETULKAN KESILAPAN YANG TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU SEMENJAK BERTAHUN-TAHUN KEBELAKANGAN INI.

Saturday, October 17, 2009

TERPANGGUL AKU


Sambil ku baca
Sambil ku rangkul dalam jiwa
tidak lepas sebutan ku lalui
lemah ku menjadi jadi
lalu kucapaikan
sebuah quran usang
tiap ayat kerdil ku baca
kelangsungan meriah tiba
pada hakiki detik ketika
menjejak puisi sekalung rasa
yang terpanggul dimata

Maka ternyanyilah puisi
dalam alun malam ketika doa ku tiba
terpancar nampaklah serinya kata
lalu aku pasrah memahaminya
Ia menarik dan melarik jiwa

Benarlah dugaanku
dikejauhan itu betapa sebuah hati terpatah
gara karenah gila ku
terpana juga
aku menggigil dalam ruang kamar
persona dengan bayu aidilfitri
yang masih sepoi terasa
petanda mukjizat restu
bahawa inilah luka terakhir tinggalan ku.


(C) 2009, Shali

Friday, September 4, 2009

UNTUK IBU...DI AMBANG SYAWAL

Imbasan penuh segar
mendakap jiwaku

merangkul hatiku

teringat kala ku masih kecil dulu

jemari ibu terasa hangat

menyentuh tubuhku
lalu aku...
disapa nostalgia


Aduhai ibu
...
kau permata yang tiada pernah lenyap sinarnya
kasihmu ibarat obor
menyala dalam sanubari
menjelang Syawal mulia ini

izinkan aku mencium tanganmu

yang membelaiku dengan sabar

yang mengajarku erti kasih suci

maafkanku, ibu

Demi Tuhan Semesta Alam...

sinarkanlah hidup kami...
dengan doa dan harapan ibu kepada Maha Esa


Untuk tahun-tahun yang telah berlalu

ibulah segala-galanya untukku
usahlah ibu lupa...

kasih ibu kan tetap mekar

sesungguhnya aku tiada dapat membalas jasamu

hanya doa kudus buat ibu jua

sempena Syawal yang penuh syahdu
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai