(Tafsiran culas dan kita semakin cemas)
I
Setelah sejumlah umat pada hadir
Isyarat alampun diutus takdir
Dan bulan seakan tega menjadi cair,
Ramadan; Baiah kita tersipu dibalik kelir.
Segala janji telah menjadi mimpi…
Tidak lagi sesuci embun pagi
Tidak lagi seseri sinaran mentari
Tidak lagi setinggi langit naungan bumi,
Tidak lagi setiap janji mesti ditepati
Tidak lagi setia, hidup mesti berbakti.
II
Demi Merdeka; Ramadan dilanda cemas dan sesal
Bilamana laut lepas terjangkau akal
Leluasalah kemunafikkan intelektual
Dan mengilmiahkan kebohongan menjadi sakal,
Mentafsir Merdeka; Mungkir akar dan pangkal.
Segala kata sekadar menjadi pasar bunga…
Tidak lagi benar demi kebenarannya
Tidak lagi akil pada keberakalnya
Tidak lagi hak (kita) hakiki empunyanya
Tidak lagi sakti, hukum pada hakamnya
Tidak lagi dihargai bila rumah sudah terbuka.
Culas Merdeka akan datang berulang…
Menguji kita; Anak-cucu yang dirundung malang
Menyimpan nestapa yang tidak kepalang,
Hakiki haknya terus-terusan diungkit orang
Seakan tiada lagi segan pantang larang.
III
Kapan bulan menjadi hiasan kamar tidur
Helah mentafsir istilah takbur…
Dan doa dimimbar yang sasul terlanjur
Muslihat “Matlamat menghalalkan cara” diatur
Bagai pasir diperut bumi terus longsor
Menjadi deretan liang lahad dan kubur.
Atuk; untuk siapakah merdeka ini..?
Batu digalas menggapai elegi mimpi
Beban kemerdekaan semakin menghimpit diri
Setelah khalifah jadi “Penggadai Bangsa” sendiri
Demikian wajah bangsa yang tidak punya pertiwi.
Ibrahim Ghaffar
7 Oktober 2010@ 28 Syawal 1413
Bukit Kapar, Selangor
Jutaan terima kasih buat Dr Ibrahim yang telah beri izin untuk memaparkan puisi. Beliau mendeklamasikan dalam majlis anjuran Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Selangor, GPMS & Badan NGO.
Showing posts with label Puisi syahdu. Show all posts
Showing posts with label Puisi syahdu. Show all posts
Sunday, October 10, 2010
Saturday, December 5, 2009
Bercinta Darjah 6
Duhai guru-guru dan kawan-kawanku
Waktu itu ibarat mimpi
kejernihan wajah anak-anak
kebengisan guru-guru
laksana kurnia rahsia Tuhanku
Waktu kegemilangan sekolah
Tersergamlah Sekolah Peringgit
kau sekolah kayu usang
namun tiap pagi bangunku
gemersik jiwa rasanya
dalam ku mengejar dewasa
rupanya panar bercinta
Renungan takkan puas menyapa
gelisahku cuma segelintir tahu
nak diintai mata mu
nak dibingkai senyum mu
nak disebut cinta ku
terpaku, tiada kudrat ku
darjah enam tanggal mulanya
mudanya aku bermanja
Kelak...waktu kian berarak pergi
tersisih jua sepeninggalan ku
terlepas pisahlah sekolah ku
terputus jualah hasrat ku
Aku dikitarkan, dinyahkan
mulalah kehidupan baru
menyunsung tiba Maktab Melayu
siapakah aku
dalam memori mu ...
Shali
Disember 2009
Waktu itu ibarat mimpi
kejernihan wajah anak-anak
kebengisan guru-guru
laksana kurnia rahsia Tuhanku
Waktu kegemilangan sekolah
Tersergamlah Sekolah Peringgit
kau sekolah kayu usang
namun tiap pagi bangunku
gemersik jiwa rasanya
dalam ku mengejar dewasa
rupanya panar bercinta
Renungan takkan puas menyapa
gelisahku cuma segelintir tahu
nak diintai mata mu
nak dibingkai senyum mu
nak disebut cinta ku
terpaku, tiada kudrat ku
darjah enam tanggal mulanya
mudanya aku bermanja
Kelak...waktu kian berarak pergi
tersisih jua sepeninggalan ku
terlepas pisahlah sekolah ku
terputus jualah hasrat ku
Aku dikitarkan, dinyahkan
mulalah kehidupan baru
menyunsung tiba Maktab Melayu
siapakah aku
dalam memori mu ...
Shali
Disember 2009
Labels:
Luahan,
puisi sedih,
Puisi syahdu
Saturday, October 17, 2009
TERPANGGUL AKU

Sambil ku baca
Sambil ku rangkul dalam jiwa
tidak lepas sebutan ku lalui
lemah ku menjadi jadi
lalu kucapaikan
sebuah quran usang
tiap ayat kerdil ku baca
kelangsungan meriah tiba
pada hakiki detik ketika
menjejak puisi sekalung rasa
yang terpanggul dimata
Maka ternyanyilah puisi
dalam alun malam ketika doa ku tiba
terpancar nampaklah serinya kata
lalu aku pasrah memahaminya
Ia menarik dan melarik jiwa
Benarlah dugaanku
dikejauhan itu betapa sebuah hati terpatah
gara karenah gila ku
terpana juga
aku menggigil dalam ruang kamar
persona dengan bayu aidilfitri
yang masih sepoi terasa
petanda mukjizat restu
bahawa inilah luka terakhir tinggalan ku.
(C) 2009, Shali
Labels:
aidilfitri,
Bahasa Melayu,
maaf zahir batin,
pantun,
puisi indah,
puisi sedih,
Puisi syahdu,
syair
Friday, October 16, 2009
PUISI ASRAMA DAMAI
BUAT WAKTU YANG TAKKAN KEMBALI ...
Maafkan aku, Tuhan
kerana tika aku ke Asrama Damai
entah kenapa pandanganku tiba-tiba kabur
bibirku tiada dapat bertutur
langkahku kaku
jiwaku merintih sendu
Maafkan aku, Tuhan
ku tinggalkan Asrama Damai
dan senyuman anak-anak yatim itu
dalam hiba deraian air mata
kerana baru ku sedar
aku teramat rindukan
senyuman dan tawamu,
duhai sahabatku ....
14 Oktober 2009,
Asrama Damai Kuang,
Selangor.
Maafkan aku, Tuhan
kerana tika aku ke Asrama Damai
entah kenapa pandanganku tiba-tiba kabur
bibirku tiada dapat bertutur
langkahku kaku
jiwaku merintih sendu
Maafkan aku, Tuhan
ku tinggalkan Asrama Damai
dan senyuman anak-anak yatim itu
dalam hiba deraian air mata
kerana baru ku sedar
aku teramat rindukan
senyuman dan tawamu,
duhai sahabatku ....
14 Oktober 2009,
Asrama Damai Kuang,
Selangor.
Labels:
Luahan,
Nostalgia,
puisi,
puisi sedih,
Puisi syahdu,
Tempat,
Tuhan
Subscribe to:
Posts (Atom)