Showing posts with label puisi sedih. Show all posts
Showing posts with label puisi sedih. Show all posts

Saturday, December 5, 2009

Bercinta Darjah 6

Duhai guru-guru dan kawan-kawanku
Waktu itu ibarat mimpi
kejernihan wajah anak-anak
kebengisan guru-guru
laksana kurnia rahsia Tuhanku
Waktu kegemilangan sekolah
Tersergamlah Sekolah Peringgit
kau sekolah kayu usang
namun tiap pagi bangunku
gemersik jiwa rasanya
dalam ku mengejar dewasa
rupanya panar bercinta

Renungan takkan puas menyapa
gelisahku cuma segelintir tahu
nak diintai mata mu
nak dibingkai senyum mu
nak disebut cinta ku
terpaku, tiada kudrat ku
darjah enam tanggal mulanya
mudanya aku bermanja

Kelak...waktu kian berarak pergi
tersisih jua sepeninggalan ku
terlepas pisahlah sekolah ku
terputus jualah hasrat ku
Aku dikitarkan, dinyahkan
mulalah kehidupan baru
menyunsung tiba Maktab Melayu
siapakah aku
dalam memori mu ...

Shali
Disember 2009

Saturday, October 17, 2009

TERPANGGUL AKU


Sambil ku baca
Sambil ku rangkul dalam jiwa
tidak lepas sebutan ku lalui
lemah ku menjadi jadi
lalu kucapaikan
sebuah quran usang
tiap ayat kerdil ku baca
kelangsungan meriah tiba
pada hakiki detik ketika
menjejak puisi sekalung rasa
yang terpanggul dimata

Maka ternyanyilah puisi
dalam alun malam ketika doa ku tiba
terpancar nampaklah serinya kata
lalu aku pasrah memahaminya
Ia menarik dan melarik jiwa

Benarlah dugaanku
dikejauhan itu betapa sebuah hati terpatah
gara karenah gila ku
terpana juga
aku menggigil dalam ruang kamar
persona dengan bayu aidilfitri
yang masih sepoi terasa
petanda mukjizat restu
bahawa inilah luka terakhir tinggalan ku.


(C) 2009, Shali

Friday, October 16, 2009

PUISI ASRAMA DAMAI

BUAT WAKTU YANG TAKKAN KEMBALI ...

Maafkan aku, Tuhan
kerana tika aku ke Asrama Damai
entah kenapa pandanganku tiba-tiba kabur
bibirku tiada dapat bertutur
langkahku kaku
jiwaku merintih sendu

Maafkan aku, Tuhan
ku tinggalkan Asrama Damai
dan senyuman anak-anak yatim itu
dalam hiba deraian air mata
kerana baru ku sedar
aku teramat rindukan
senyuman dan tawamu,
duhai sahabatku ....

14 Oktober 2009,
Asrama Damai Kuang,

Selangor.

Friday, September 4, 2009

UNTUK IBU...DI AMBANG SYAWAL

Imbasan penuh segar
mendakap jiwaku

merangkul hatiku

teringat kala ku masih kecil dulu

jemari ibu terasa hangat

menyentuh tubuhku
lalu aku...
disapa nostalgia


Aduhai ibu
...
kau permata yang tiada pernah lenyap sinarnya
kasihmu ibarat obor
menyala dalam sanubari
menjelang Syawal mulia ini

izinkan aku mencium tanganmu

yang membelaiku dengan sabar

yang mengajarku erti kasih suci

maafkanku, ibu

Demi Tuhan Semesta Alam...

sinarkanlah hidup kami...
dengan doa dan harapan ibu kepada Maha Esa


Untuk tahun-tahun yang telah berlalu

ibulah segala-galanya untukku
usahlah ibu lupa...

kasih ibu kan tetap mekar

sesungguhnya aku tiada dapat membalas jasamu

hanya doa kudus buat ibu jua

sempena Syawal yang penuh syahdu
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Shali+Zai